web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mayat Disyaki Mangsa Bunuh Ditemukan Terapung Di Muara Sungai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 12:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL -  Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan terapung dengan perutnya terbelah dan lehernya diikat dengan bongkah batu di muara sungai berhampiran jeti Bagan Bukit Tambun, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Ng Ah Thiam berkata mayat tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemukan kira-kira 11.45 pagi oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Beliau berkata mayat berkenaan dalam keadaan berpakaian lengkap baju-T berkolar dan lengan pendek berwarna merah dengan tulisan ‘US Pizza' serta seluar 'boxer' berwarna hitam jenama Roxy.

"Hasil pemeriksaan pada mayat lelaki itu mendapati tangan dan kakinya diikat dengan tali manakala leher dalam keadaan terikat dengan tali bersama sebongkah batu.

"Pemeriksaan turut menemukan kesan belahan di bahagian perut dipercayai dicederakan dengan menggunakan senjata tajam. Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu dibunuh sebelum dibuang ke laut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ng berkata mayat berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat itu atau kehilangan ahli keluarga tampil di balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.

Katanya maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mohd Hafiz Mohd Noor menerusi talian 019-465 0777 atau hotline Polis Seberang Perai Selatan (04-5858 222) atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (04-2221 522). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar