Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Kekal Komited Pelihara Tapak Warisan - KM

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 8:30PM

Kerajaan Pulau Pinang kekal komited memelihara tapak warisan dalam negeri kerana ia amat penting bagi generasi akan datang - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang kekal komited memelihara tapak warisan dalam negeri kerana ia amat penting bagi generasi akan datang, dan telah membelanjakan jumlah yang besar bagi tujuan itu, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata kerajaan negeri membelanjakan RM13 juta bagi kerja-kerja menaik taraf tembok laut Esplanade di sini, yang kini boleh diakses kepada orang ramai, di samping RM20 juta bagi memulihkan parit (moats) di Kota Cornwallis, yang dikangka siap dan dibuka kepada orang ramai menjelang 2025.

Katanya proses penghantaran pulang rangka manusia ditemukan di Guar Kepah yang kini berada di Belanda juga sedang diusahakan, dan ia bakal ditempatkan di Galeri Arkeologi Guar Kepah di Kepala Batas yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada suku keempat 2024.

“Ini menunjukkan komitmen dan usaha berterusan kami dalam menjaga tapak warisan di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas Hari Ahli Tinjauan Mesra Pulau Pinang yang diadakan sempena Hari Warisan Dunia George Town, di sini hari ini.

Chow berkata George Town diiktiraf oleh Pertubuhan Ekonomi, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia pada 2008, dengan bahagian tertua George Town mencerminkan karekter bandar raya itu pada masa lepas dan sekarang.

Beliau berkata George Town juga merupakan satu contoh istimewa sebuah bandar raya perdagangan pelbagai budaya di Asia Tenggara, yang dibangunkan daripada aktiviti perdagangan serta pertukaran tamadun yang merangkumi pengaruh Melayu, Cina, India dan Eropah.

“Pulau Pinang adalah tempat titik pertemuan aspek kemodenan dan pemuliharaan, tetapi rakyatlah yang mewarnai dan menceriakan seluruh negeri, menjadikan kita berbangga dengan kepelbagaian kita.

“Seluruh penduduk di sini muda hingga tua, sama ada kelahiran Pulau Pinang atau berpeluang membina baharu kehidupan di sini, semuanya menyumbang kepada kemajuan, keharmonian dan kepelbagaian negeri tercinta ini,” katanya.

Chow berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha dan komitmen bagi merealisasikan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. - Bernama

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 53 minit yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

Semasa 1 hari yang lalu

Inisiatif Utamakan Artis Veteran Dalam Penganjuran Majlis, Program Ringankan Beban Kewangan

Semasa 3 jam yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 1 hari yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian