web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APM Kedah Kenal Pasti 38 Lokasi Kawasan Rekreasi Berisiko Berlaku Kepala Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 9:13PM

APM Kedah menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika mengunjungi kawasan rekreasi tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutamanya dalam keadaan cuaca tidak menentu pada masa ini - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah mengenal pasti 38 lokasi kawasan rekreasi dan sungai di 10 daerah di negeri ini berisiko berlaku kejadian kepala air serta banjir lumpur.

Timbalan Pengarah APM Kedah Mej (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata daerah Baling mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 11 lokasi yang berhadapan risiko kejadian itu antaranya di Lata Bukit Hijau; Lata Celak Iboi; Air Panas Ulu Legong; Lata Baling; Lata Bayu dan Lata Nering.

“Kita juga meninjau di sembilan daerah lain yang melibatkan 27 kawasan iaitu daerah Sik melibatkan lima lokasi iaitu Lata Mengkuang; Pusat Peranginan Rimba Takwa; Lata Charok Rambai; Lata Batu Hampar Hujung Bandar dan Sungai Viral.

“Selain itu, lima kawasan di daerah Yan turut berisiko iaitu Titi Hayun; Air Terjun Seri Perigi; Air Terjun Batu Hampar; Taman Rekreasi Sungai Badak dan Sungai Bukit Kuari," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Muaz berkata daerah Kulim melibatkan kawasan Kem Rekreasi Sungai Sedim; Kem Rekreasi Ulu Paip; Lata Bukit Hijau dan Pusat Rekreasi Air Putih Junjung manakala Lubuk Semilang; Durian Perangin; Telaga Tujuh dan Air Terjun Temurun di Langkawi.

"Di daerah Kuala Muda melibatkan tiga lokasi iaitu Air Terjun Batu Pahat; Damai Park Resort dan Pusat Peranginan Tupah; manakala di daerah Padang Terap pula berisiko di Taman Eco Rimba Puncak Janing dan Air Terjun Sungai Seraya," katanya.

Beliau berkata kawasan peranginan Bukit Wang dan Sungai Batu merupakan kawasan berisiko bagi daerah Kubang Pasu manakala daerah Pendang dan Bandar Baharu pula dengan masing-masing satu kawasan iaitu Rimba Rekreasi Bukit Perak dan Batu Hampar Air Putih.

Sehubungan itu, Mohd Muaz menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika mengunjungi kawasan rekreasi tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutamanya dalam keadaan cuaca tidak menentu pada masa ini.

“Kita tak boleh menghalang orang awam yang nak berkunjung tetapi kita mengingatkan supaya mereka lebih peka dan berhati-hati di kawasan tersebut lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tak menentu ketika ini, lihat perubahan pada air dan kelajuan dan paras air naik mendadak, pada ketika itu beredarlah cari kawasan selamat," katanya.

Sementara itu, Mohd Muaz berkata APM Kedah mempunyai seramai 120 anggota penyelamat (SAR) bagi kawasan sebelah Utara dan Selatan yang terlatih untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja apabila berdepan sebarang situasi bencana alam.

“Kedah ada pasukan yang terlatih dan memang bersedia untuk sebarang kemungkinan sama ada di darat, air dan kawasan rekreasi, mereka bersedia di Utara dan Selatan Kedah dan sedia digerakkan dalam operasi SAR,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad