web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Warga Indonesia Ditemukan Dalam But Kereta, 4 Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 8:58PM

Supt Ramsay Anak Embol berkata empat suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia yang semuanya berumur sekitar 40-an itu ditahan kira-kira pukul 7 malam berhampiran lokasi penemuan mayat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis menahan empat suspek bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia dalam keadaan berbungkus dengan plastik hitam dan terikat dalam but sebuah kereta di tepi jalan berhampiran Taman Sri Orkid, Seksyen 30, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Supt Ramsay Anak Embol berkata empat suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia yang semuanya berumur sekitar 40-an itu ditahan kira-kira pukul 7 malam berhampiran lokasi penemuan mayat.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 3.25 petang, selepas orang awam yang melalui kawasan berkenaan tercium bau busuk daripada sebuah kereta Honda City berwarna hitam yang dikatakan berada di lokasi itu sejak dua hingga tiga hari lepas

“Semakan mendapati kenderaan berkenaan didaftarkan atas nama lelaki warga Indonesia itu. Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya semua suspek diremah sehingga 10 Julai ini bagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan