web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Lelaki Rakyat China Ditahan Promosi Pelaburan Mata Wang Kripto Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 8:16PM

ACP Zam Halim Jamaluddin berkata modus operandi sindiket itu adalah menyasarkan pelanggan warga China melalui panggilan telefon dan menyamar sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan dan mempromosi pelaburan tersebut dalam aplikasi Telegram - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 10 lelaki warga China termasuk seorang dalang kerana disyaki mempromosi pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud di dua kondominium sekitar Cheras di sini, Isnin lepas.

Kesemua suspek ditahan berusia antara 19 hingga 40 tahun itu disyaki bergiat aktif dalam kegiatan berkenaan sejak Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata modus operandi sindiket itu adalah menyasarkan pelanggan warga China melalui panggilan telefon dan menyamar sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan dan mempromosi pelaburan tersebut dalam aplikasi Telegram.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, beliau berkata mangsa yang terpedaya perlu membayar RM65 (100 Yuan) bagi membuka akaun di laman sesawang bitcoin iaitu www.icoin.com untuk mendaftar.

“Mereka (mangsa warga China) selepas membuka akaun akan diberikan nama pengguna berserta kata laluan untuk mengakses laman sesawang berkenaan,” katanya.

Zam Halim berkata selepas itu, mangsa diminta membuat sejumlah transaksi wang dengan pakej pelaburan mata wang yang dipilih dan diminati tetapi kemudian menyedari mereka tertipu setelah tidak mendapat pulangan yang dijanjikan daripada pelaburan.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai beroperasi di China dan polis masih menyiasat sama ada kumpulan yang menjalankan kegiatan di Malaysia itu mempunyai hubung kait.

Beliau berkata sindiket itu menyasarkan 30 hingga 50 pelanggan warga China sehari untuk menyertai pelaburan berkenaan.

“Sindiket berkenaan mampu memperoleh pendapatan 10 hingga 15 peratus untuk setiap komisyen iaitu sekitar RM50,000 hingga RM100,000.

Daripada 10 suspek yang ditahan hanya seorang memiliki pas perjalanan sah. Kesemua mereka direman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya bahawa polis turut merampas antaranya 21 telefon bimbit dan beberapa modem serta komputer riba. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini