web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Insiden Tembak: 5 Saksi Dipanggil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 4:28PM

Polis memanggil lima saksi untuk dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kejadian tembakan oleh penyerang tidak dikenali dalam kejadian di Kuala Gula - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis memanggil lima saksi untuk dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kejadian tembakan oleh penyerang tidak dikenali dalam kejadian di Kuala Gula, dekat Bagan Serai, Selasa lepas. 

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan berhubung kes itu dijangka diselesaikan dalam masa terdekat selepas kertas siasatan kejadian itu dilengkapkan sepenuhnya. 

Beliau berkata sehingga kini, pihaknya telah merakam lebih lima keterangan daripada saksi, namun siasatan lanjut dan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian termasuk suspek yang terlibat.

"Kita menjangkakan siasatan kes berkenaan tidak akan mengambil masa lama dan kita akan selesaikan kes ini dengan seberapa segera. Kita seru juga kepada orang awam yang mempunyai maklumat untuk salurkan di balai polis berdekatan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Program Ceramah Kerjaya Meniti Karier dalam Polis Diraja Malaysia di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy di sini.

Media melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Kuala Gula dekat Bagan Serai, pada Selasa.

Polis menjumpai lima kelongsong peluru kaliber 9mm di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1971.  

Bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan terhadap mangsa dan keluarga di rumah berkenaan.

Sementara itu, berkenaan program pada hari ini, Mohd Yusri berharap lebih ramai kaum Cina akan menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah menambah baik perkhidmatan pasukan keselamatan itu di negeri ini.

"Kita telah susun pelbagai program serta usaha promosi melalui penganjuran program pendedahan kepolisan di sekolah untuk tarik minat mereka menceburi kerjaya sebagai anggota polis," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar