web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Luar Biasa Punca Kepala Air Di Jeram Air Putih - Bomba

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 9:29PM

Hasil penelitian di lokasi kejadian mendapati kawasan tersebut mempunyai kelebaran sungai yang luas, dan dipercayai paras air meningkat sehingga lima meter, sekali gus menyukarkan mangsa untuk menyelamatkan diri mereka - Gambar Facebook JBPM Terengganu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Hassan 'As'ari Omar percaya taburan hujan lebat luar biasa pada Sabtu lepas menjadi punca utama berlakunya kepala air besar di Jeram Air Putih. 

Beliau berkata pada hari tersebut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan taburan hujan sebanyak 106.5 milimeter (mm) dalam tempoh singkat tidak seperti kelaziman kadar bacaan hujan yang dicerap di daerah Kemaman sebelum ini. 

Menurut laman rasmi Public Info Banjir JPS, daerah Kemaman pada 28 Jun mencatatkan taburan hujan sebanyak 0.5 mm, 9.0 mm (2 Julai) dan 0.5 mm (3 Julai). Data taburan hujan pada 29 dan 30 Jun tidak direkodkan disebabkan gangguan sistem cerapan. 

"Kepala air juga boleh berlaku disebabkan pembentukan kawah di sepanjang sungai dan bongkah-bongkah yang menghalang sisa-sisa untuk turun menyelusuri Sungai Teladas.

"Apabila hujan sangat lebat pada Sabtu, saya percaya ia menyebabkan segala yang terkumpul dalam kawah sungai itu dan yang tersangkut pada bongkah-bongkah termasuk batuan yang tinggi tidak lagi mampu menahan beban tersebut sebelum secara tiba-tiba runtuh dan hanyut dalam bentuk kepala air," katanya. 

Hassan 'As'ari berkata arus deras kemudiannya mengalir ke Sungai Teladas hingga sampai ke Jeram Air Putih, lokasi 10 individu yang sedang berkelah ketika itu sebelum menghanyutkan mereka semua. 

Beliau berkata hasil penelitian di lokasi kejadian mendapati kawasan tersebut mempunyai kelebaran sungai yang luas, dengan jarak ke tebing kira-kira 80 meter (m) dan percaya paras air meningkat sehingga lima meter, sekali gus menyukarkan mangsa untuk menyelamatkan diri mereka. 

Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata laporan awal mengenai kejadian kepala air di Jeram Air Putih dijangka siap dalam masa terdekat.

Beliau berkata ketika ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) masih melakukan tinjauan awal di lokasi kejadian dan pihak polis sedang melakukan siasatan.

Dalam kejadian kira-kira 5 hingga 6 petang pada Sabtu lepas, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang termasuk seorang bakal menantu ahli keluarga itu dari Batu Pahat, Johor dihanyutkan kepala air.

Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), lapan mayat telah ditemukan iaitu Karim Abdullah, 39 dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta enam anak mereka iaitu Putri Balqis Izzati Karim, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4. 

Dua lagi mangsa belum dijumpai Putri Nor Fatin Karim, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati, iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24. 

Mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2 km dari tempat kejadian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran