web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Babitkan Radius 32 KM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 12:15PM

Supt Hanyan Ramlan (kanan) menyampaikan taklimat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat (kiri) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (dua, kiri) mengenai operasi mencari lapan mangsa dikhuatiri lemas di Jeram Mawar, Air Putih ketika tinjauan di Pusat Kawalan Operasi, Balai Polis Air Putih hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di sini dibahagikan kepada tiga sektor pencarian dengan keluasan radius pencarian 32 kilometer (km). 

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata sektor pertama pencarian dari lokasi kejadian hingga lapan km; sektor kedua dari Balai Polis Air Putih ke Empangan Sungai Pinang (lapan km hingga 15 km) dan sektor ketiga bermula dari Sungai Pinang menghala muara Sungai Kemaman (15 km ke atas). 

"Radius pencarian bertambah ke 32 km disebabkan arus air yang deras kerana berlakunya hujan lebat pada malam tadi. Ketika ini pun didapati arus air masih deras dan menunjukkan tren peningkatan," katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini. 

Beliau berkata sehingga pagi ini pasukan pencarian yang melibatkan 163 anggota daripada pelbagai agensi yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu belum menemui sebarang petunjuk keberadaan mangsa. 

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk di sepanjang sungai bermula dari Air Putih hingga ke Chukai untuk menyalurkan maklumat jika menemui sebarang petunjuk kepada pihak polis.

"Apa-apa sahaja, baik objek atau bau, sila maklumkan kepada Balai Polis Air Putih sama ada melalui panggilan telefon atau datang ke sini untuk salurkan kepada kita bagi membantu operasi SAR," katanya. 

Katanya pasukan SAR melibatkan seramai 30 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM (65), Pasukan Gerakan Am (PGA) (46), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (empat), badan bukan kerajaan (empat), pasukan khas teknikal oleh orang awam (sembilan) serta dibantu dua unit anjing pengesan K9 JBPM. 

Sementara itu, Pengarah JBPM Terengganu Hassan 'As'ari berkata fokus operasi pada hari ini lebih tertumpu kepada sektor pertama melibatkan pasukan dari PDRM, JBPM dan PGA.

"Kita rasa mungkin di situ sebab ada tanda-tanda... mangsa pertama kita jumpa 24 km dari tempat kejadian yang bermaksud tidak jauh dari muara Sungai Kemaman.

"Mangsa kedua jumpa pada jarak dua km dari tempat kejadian. Bermakna ada kemungkinan... sebab mayat kedua dijumpai tersangkut di dahan pokok, jadi ada kemungkinan mangsa-mangsa lain pun akan kaedahnya sama macam itu," katanya. 

Hassan berkata pihaknya akan melihat kepada pelbagai elemen secara terperinci terutamanya membabitkan keselamatan pasukan SAR dalam radius pencarian lebih-lebih lagi apabila penilaian JBPM hari ini mendapati aliran arus sungai masih deras. 

"Berkaitan akses ke lokasi pula, sebenarnya kita ada strategi yang telah dirancang selain menempatkan satu pasukan pada setiap lima ke tujuh km untuk buat pencarian di kawasan sekitar," katanya. 

Semalam, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Mawar, di sini pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Dua mayat pertama telah ditemukan orang ramai tengah hari semalam iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.

Lapan yang masih hilang terdiri daripada tujuh sekeluarga iaitu Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Seorang lagi individu yang hilang adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor yang turut serta dalam perkelahan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

2

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

4

Semasa 2 hari yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad