web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Terima 14 Laporan Penipuan Belia Rahmah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 8:27PM

Ramli Mohamed Yoosuf - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 14 aduan berkaitan penipuan perkhidmatan wang bantuan eBelia Rahmah, membabitkan kerugian berjumlah RM2,800. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket itu menawarkan perkhidmatan kepada penerima e-Belia Rahmah untuk memindahkan wang dari akaun Touch n’ Go ke akaun bank milik mangsa. 

Menurut beliau, mangsa melihat tawaran perkhidmatan pengeluaran bantuan wang tunai itu di aplikasi seperti TikTok dan Facebook Messenger. 

"Suspek kemudian meminta butiran seperti nama dan akaun bank mangsa selain meminta mangsa untuk membuat imbasan pada kod QR yang diberikan.

"Mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati wang dari e-dompet Touch n Go miliknya dipindahkan keluar dan tiada sebarang pemindahan dibuat ke akaun bank mereka," katanya, hari ini. 

Mengulas lanjut, Ramli berkata, setiap mangsa yang mengalami kerugian RM200 cuba menghubungi suspek untuk mendapatkan penjelasan namun gagal. 

"Mangsa yang telah merasakan diri mereka ditipu telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. 

Program eBelia Rahmah adalah inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2023 bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, termasuk pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa, bertujuan meringankan beban kewangan mereka.

RM200 yang dikreditkan kepada akaun e-dompet kira-kira dua juta penerima bermula 26 Jun lalu itu bolrh digunakan bagi pembelian fizikal di premis perniagaan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat, iaitu Boost, Setel dan Touch n Go eWallet.

Dalam terma dan syarat program, bantuan RM200 itu tidak boleh ditunaikan atau dipindahkan kepada akaun lain dan tindakan akan diambil sekiranya penerima berbuat demikian. - Getaran, 2 Julai 2023. 






 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad