web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Harus Pelajari Falsafah Segulai Sejalai - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 8:14PM

Ahmad Zahid (tengah) pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ngiling Tikai di Rumah Enteri Lengkoi di Samu, Spaoh, hari ini. - Gambar dari Facebook Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BETONG (Sarawak) - Falsafah 'Segulai Sejalai' (Seiring Sejalan) masyarakat Dayak amnya dan Iban khususnya harus dipelajari oleh rakyat Malaysia agar menjadi pegangan yang mampu menyatu serta memperkuatkan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata falsafah itu adalah pegangan yang terbaik supaya tidak timbul masalah yang akan menyebabkan pecah-belah dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata dapat dilihat bagaimana rumah panjang di Betong dan kawasan lain di Sarawak yang berjaya melahirkan tokoh pemimpin yang baik kerana dasar ketua rumah panjang yang sering menyokong golongan berkuasa.

"Siapapun yang jadi kerajaan, mereka menyokong golongan yang berkuasa kerana jika (mereka) antigolongan  berkuasa, akan mengundang padah kepada anak-anak buah mereka," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ngiling Tikai di Rumah Enteri Lengkoi di Samu, Spaoh dekat sini hari ini.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut mengingatkan rakyat agar tidak melayan sebarang titik perbedaan di antara mereka sebaliknya mempertahan titik persamaan demi menyelesaikan masalah.

"Kita wujudkan Kerajaan Perpaduan bagi mewujudkan kestabilan politik, mempertingkat pertumbuhan ekonomi, memberikan peluang pekerjaan dan kemakmuran kepada rakyat jelata terutama dari segi memberi peluang menambah pendapatan," katanya.

Ahmad Zahid juga berkata adalah penting untuk orang lama memahami aspirasi generasi baharu manakala generasi baharu harus terus menghormati orang lama.

Beliau berkata jalinan itu menjadikan perasaan menyokong golongan berkuasa dapat diterjemah demi kepentingan rakyat namun pada masa sama, tidak mustahil ia akan diganggu-gugat oleh unsur luar mahupun dalaman.

"Membina itu adalah sukar tetapi biarpun sukar, insya-Allah ia akan lebih mudah apabila kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan segulai sejalai," katanya yang menyifatkan hubungan Sarawak dan Persekutuan sebagai indah sekali gus memudahkan pelaksanaan projek berkepentingan rakyat.

Terdahulu, Ahmad Zahid meluluskan pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Betong selain peruntukan sebanyak RM1.5 juta dan RM750,000 masing-masing untuk kerja baik pulih serta pendawaian semula Rumah Enteri Lengkoi. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad