web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Lahad Datu Lega Malaysia Menang Kes, Buktikan Kerajaan Serius Gagalkan Tuntutan Sulu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 3:08PM

Penduduk Lahad Datu sebelum ini terkesan dan trauma dengan tragedi pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, membawa kepada pertempuran pada 1 Mac 2013 di Kampung Tanduo. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Kemenangan bersejarah yang diperoleh Malaysia dalam kes tuntutan kumpulan Sulu baru-baru ini, memberi keyakinan kepada penduduk di sini bahawa kerajaan Persekutuan berterusan memastikan cubaan kumpulan itu untuk mengganggu gugat kedaulatan negara digagalkan.

Ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Remang di Tungku, di sini, Juliana Binjin, 49, berkata keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda yang menolak permohonan kumpulan Sulu itu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di Belanda, membuka mata dunia bahawa tuntutan berkenaan langsung tidak berasas.

“Tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu itu memberi kekeliruan kepada masyarakat di sini dan kita harap kerajaan Malaysia teruskan usaha menangani isu kumpulan Sulu ini,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, penduduk Lahad Datu terkesan dan trauma dengan tragedi pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, membawa kepada pertempuran pada 1 Mac 2013 di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh dan 68 pengganas Sulu maut.

Kumpulan itu menggelar diri mereka Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, dan konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.

Sementara itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tungku, Momen Angchai berkata rakyat perlu bersatu hati dalam memastikan sebarang tuntutan kumpulan Sulu itu digagalkan.

“Kemenangan kita di mahkamah itu melegakan, terima kasih kepada Perdana Menteri dan pemimpin terlibat kerana memandang serius tentang hal ini.

“Ketika ini soal keselamatan di Dewan Undangan Negeri Tungku tidak merisaukan jika dibandingkan pada tahun 2014 setahun selepas tragedi itu (pencerobohan)  di mana penduduk kampung berasa trauma dan aktiviti sosio-ekonomi lumpuh,” katanya.

Momen dalam pada itu berharap, kerajaan dapat mempercepatkan pembinaan Kem Tentera di Felda Sahabat seperti yang pernah diumumkan kerajaan Persekutuan sebelum ini, dalam usaha menjamin keselamatan di kawasan tersebut.

“Adanya kem ini bukan sahaja penduduk dan pelancong berasa selamat, musuh juga berasa gentar untuk mengganggu gugat keselamatan kita,” katanya.

Penduduk Kampung Tamoi, Mohd Nor Mansor Abdul Majid, 46, turut gembira dengan keputusan itu namun pada masa sama berasa bimbang sekiranya kejadian tragedi Tanduo pada 2013 itu berulang. 

“Mungkin kumpulan ini berasa tidak puas hati dengan kekalahan dan cuba sekali lagi untuk menceroboh masuk ke daerah ini,” katanya.

Pada 22 Jun lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri itu.

“Kita tidak nampak tanda-tanda atau kesan sebarang ancaman setakat ini...dari segi kawalan sempadan, kita hendak memberi jaminan pihak anggota keselamatan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya mengulas mengenai kebarangkalian kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menceroboh Sabah, selepas gagal dalam tuntutan undang-undang terhadap Malaysia.

Pada 6 Jun, Malaysia  melakar kejayaan bersejarah selepas Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa seorang penimbang tara Sepanyol pada 25 Mei 2020, dalam kes tuntutan kumpulan Sulu.

Malaysia sekali lagi memperoleh kemenangan apabila keputusan Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda pada 27 Jun juga memihak kepada negara ini. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini