web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong Prihatin Isu Ruang Sempit, Sesak Di Mina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 12:00PM

Al-Sultan Abdullah prihatin dengan kebajikan jemaah haji Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Isu ruang sempit dan sesak di Mina mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang prihatin dengan kebajikan jemaah haji Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata Seri Paduka telah menghantar mesej kepada beliau supaya melihat mengenai isu ruang sempit khemah di Mina serta hal kebajikan jemaah haji negara.

Justeru, katanya beliau telah berbincang dengan pengurusan tertinggi Tabung Haji (TH) supaya Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM) dapat memberikan pandangan untuk diputuskan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan dari segi ijtihad yang baharu termasuk berkaitan mabit (bermalam) di Mina.

"Agama Islam adalah agama yang memberi penyelesaian pada setiap masalah yang timbul. Kalau isu (ruang) sempit dan kesukaran dialami jemaah, isu mabit di Mina, perkara ini perlu dilihat semula dan dibincangkan secara teliti oleh penasihat-penasihat syariah untuk mencari satu penyelesaian terbaik," katanya dalam sidang media di sini.

Isu ruang sempit dan kesesakan selain masalah kerosakan penyaman udara yang berlaku di khemah penginapan di Mina pada musim haji ini diperkatakan di media sosial dan turut dilapor sebuah portal berita berbahasa Inggeris.

Mohd Na'im berkata terdapat jemaah haji negara lain yang tinggal di luar kawasan Mina tetapi berulang-alik untuk mabit di Mina dalam tempoh ditetapkan syarak.

Katanya sempadan Mina ditetapkan oleh hukum dan tidak berubah dari dahulu, walaupun bilangan jemaah haji meningkat setiap tahun seiring peningkatan jumlah rakyat di sesebuah negara.

"Hakikatnya jumlah jemaah haji akan bertambah tetapi keluasan Mina hanya itu, jadi kalau nak pastikan dengan jumlah jemaah haji yang bertambah setiap tahun, memerlukan ijtihad yang baharu.

"Tujuannya ialah untuk memastikan keselesaan kerana ia berkait rapat dengan ibadat, kalau (jemaah haji) rasa tak selesa dan nak marah sahaja, nak mengamuk, ia akan mengganggu ibadat," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata TH akan mengadakan mesyuarat penutupan dengan pelbagai kementerian dan agensi penyedia perkhidmatan haji di Arab Saudi bagi menilai semula tahap perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan bagi musim haji 1444 Hijrah ini, sebelum selesai keberangkatan pulang jemaah haji.

Katanya TH juga akan mengadakan mesyuarat pascanilai bagi menilai secara terperinci perjalanan musim haji tahun ini serta ruang untuk penambahbaikan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik