web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fadillah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Forum Minyak Sawit Di Kenya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 12:39PM

Fadillah Yusof - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Malaysian Palm Oil Forum-East Africa Region 2023 di Nairobi, Kenya bermula 3 hingga 7 Julai ini.

Forum itu diadakan untuk meneroka potensi pengembangan eksport minyak sawit di pasaran Afrika Timur, di samping memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Kenya dalam industri berkenaan.

Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyataan hari ini berkata semasa di Kenya, Fadillah akan memberi ucaptama dan merasmikan forum tersebut, selain dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian Kenya dan Menteri Perdagangan Kenya serta pemain industri sawit.

“Mesyuarat yang akan diadakan itu bertujuan memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Kenya serta meneroka peluang perniagaan dalam sektor minyak sawit di negara berkenaan,” menurut kementerian itu.

Menurut kenyataan itu, Fadillah turut dijadual melawat kilang pemprosesan minyak sawit dan syarikat pengeluaran makanan utama di Kenya serta mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di negara itu.

Kementerian itu turut memaklumkan forum tersebut merupakan platform untuk mempamerkan kepakaran Malaysia dalam industri minyak sawit dan lawatan Fadillah memfokuskan komitmen negara dalam mempromosi pengeluaran minyak sawit mampan serta memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Kenya dan negara Afrika lain. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad