web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Siapa Boleh Mengatasi Undang-Undang, PM Digesa Pecat Menteri Bikin Kecoh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 8:59PM

Dr Muhamad Akmal Saleh- Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan jawatan seorang menteri yang melakukan kekecohan di balai  ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan itu wajar dilakukan kerana tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang tanpa mengira status dan jawatan mereka.

“Saya mohon Perdana Menteri mengambil tindakan terhadap kelakuan menteri yang tidak wajar ini. Seharusnya dilucutkan jawatan sebagai menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beberapa pihak meminta siasatan terperinci dijalankan terhadap insiden seorang menteri didakwa menceroboh dan membuat kecoh di dewan ketibaan KLIA, semalam. - Tangkap layar dari video di TikTok
Beberapa pihak meminta siasatan terperinci dijalankan terhadap insiden seorang menteri didakwa menceroboh dan membuat kecoh di dewan ketibaan KLIA, semalam. - Tangkap layar dari video di TikTok

Terdahulu, seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat dari China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke balai ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini sebaik tiba di KLIA, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, perbuatan menteri terbabit sama sekali tidak boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.

“Menteri bukan bermakna kamu boleh melakukan apa sahaja. Menteri bermakna kamu perlu bekerja dan melaksanakan amanah rakyat bukan sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat secara terperinci kekecohan membabitkan menteri terlibat.

Katanya, setakat ini Kementerian Pengangkutan masih belum menerima sebarang maklumat lanjut berhubung insiden itu.

“Saya rasa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci apa yang berlaku dan sudah tentu protokol keselamatan perlu dipatuhi, tetapi apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa penerbangan kerana saya rasa mereka akan buat siasatan yang lebih terperinci,” katanya. – Getaran, 30 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad