web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TH Perjelas Isu Ruang Sempit, Sesak Di Mina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 10:07AM

Isu ruang sempit dan sesak di Mina bukan hanya dihadapi jemaah haji Malaysia, namun turut melibatkan negara lain - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Isu ruang sempit dan sesak di Mina bukan hanya dihadapi jemaah haji Malaysia, namun turut melibatkan negara lain terutama semasa kuota penuh haji dan juga sekiranya ada kuota tambahan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman berkata masalah itu dihadapi jemaah haji semua negara sejak sekian lama dan bukan isu yang baharu timbul.

Beliau berkata sempadan Arafah dan Mina ditetapkan oleh hukum dan tidak berubah dari dahulu, walaupun jumlah jemaah haji meningkat setiap tahun seiring dengan peningkatan jumlah rakyat di sesebuah negara.

"Ruang dan saiz di dalam sebuah khemah Mina di luar kawalan TH kerana kemudahan di Arafah dan Mina disediakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk semua negara," katanya dalam sidang media di sini bagi menjelaskan berhubung isu itu yang diperkatakan di media sosial dan dilapor sebuah portal berita berbahasa Inggeris.

Menurutnya perkara itu telah dimaklumkan semasa kursus haji di tanah air dan ketika taklimat Masyair oleh pihak pengurusan maktab TH, termasuk sentiasa menekankan keadaan tidur di Mina tidak dapat dilakukan secara terlentang disebabkan ruangan yang sempit.

Syed Hamadah menjelaskan kemudahan tilam diperkenalkan sejak tahun lalu turut merumitkan penerimaan jemaah haji terhadap ruang yang sempit kerana beranggapan satu tilam dibekalkan untuk seorang jemaah sedangkan situasi satu tilam satu jemaah hanya terpakai ketika berada di Arafah.

Beliau berkata TH telah mengambil inisiatif awal dengan memberikan sebahagian ruang pejabat dan penginapan petugas TH dan Muassasah kepada jemaah haji, selain membenarkan jemaah haji berulang alik dari Makkah, berdasarkan kesanggupan serta daya usaha mereka sendiri.

"Di samping itu, TH juga telah meningkatkan nisbah nafar awal (melontar jamrah pada dua dari tiga hari tasyrik) yang dahulunya hanya 10 peratus kepada 50 peratus pada tahun ini bagi mengatasi kesesakan di Mina," katanya.

Syed Hamadah turut menafikan tuduhan bahawa TH tidak bertindak ke atas rungutan dan aduan kerosakan penyaman udara yang berlaku di khemah penginapan, dengan pengurusan maktab telah menghubungi pihak bertanggungjawab untuk segera membaik pulih kerosakan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pihak Arab Saudi merancang meningkatkan infrastruktur dan kemudahan selaras Wawasan 2030 negara itu dalam menampung lima juta jemaah haji seluruh dunia.

Beliau berkata negara itu juga sedang melihat kepada aspek perkhidmatan yang disediakan agensi terlibat termasuk berkaitan pengangkutan, makanan dan kesihatan dalam memberikan keselesaan kepada jemaah haji.

"Jadi, kita akan memberikan maklum balas daripada pihak kita kepada pihak berwajib untuk melihat isu-isu yang kita hadapi sebagai negara yang datang untuk membuat haji. Mereka harus melihat bagaimana untuk mengatasinya bukan hanya jangka panjang tetapi dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad