web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Santiago Bidas Tun M, Malaysia Bukan Milik Segelintir Orang Terpilih

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 8:44PM

Charles Santiago (kiri) dan Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian pada sidang media semalam.

Semalam, Dr Mahathir mendakwa rakyat bukan Melayu mahu menukar nama dan 'pemilikan' Malaysia.

Dakwanya, terdapat percubaan orang ‘dari negara lain’ untuk mengubah Malaysia daripada 'Tanah Melayu' kepada negara berbilang kaum.

Menurut Santiago, kenyataan Dr Mahathir itu disifatkan sebagai satu lagi cubaan terdesak untuk memperlihatkan bahawa beliau masih relevan.

“Perlu 101 panduan bagaimana untuk bermati-matian cuba menjadi relevan? Jangan lihat lagi penegasan Dr Mahathir mengenai orang luar yang cuba menukar nama negara. Jika ada, Dr Mahathirlah yang cuba memesongkan sejarah.

“Orang bukan Melayu telah memberi sumbangan yang sama kepada pembangunan negara ini. Mereka ditawarkan kewarganegaraan yang mereka terima. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak sama ke atas negara ini sebagaimana negara kita.

“Ia bukan milik segelintir orang terpilih,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Santiago berkata, Dr Mahathir sedang berusaha untuk meningkatkan sokongan kepada ‘rakan baharunya’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, katanya, ‘racun’ yang dilontarkan oleh Dr Mahathir adalah ucapan berbaur kebencian yang berpotensi menjadi bahan letupan.

“Kita adalah sebuah negara berbilang kaum yang terdiri daripada pendatang. Kita adalah tempat mencairkan budaya dan tradisi yang berbeza, faktor unik yang menjadikan kita unik.

“Oleh itu adalah tidak wajar Dr Mahathir membangkitkan ketegangan kaum tetapi (ia) tidak menghairankan,” katanya.

Tegas beliau lagi, kenyataan tersebut jelas berbahaya dan boleh memecah-belahkan negara.

Justeru, katanya, Dr Mahathir sepatutnya malu dengan diri beliau sendiri.

Semalam, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata, golongan bukan Melayu enggan mengiktiraf orang Melayu sebagai pengasas, penduduk tempatan dan pembangun negara.

"Dan demikianlah angkuhnya mereka yang datang sini, kita yang jadikan mereka warganegara, tetapi warganegara yang datang ini nak tuntut supaya nama negara kita ditukar, dijadikan multiracial country (negara berbilang kaum)," katanya.

Kenyataan itu turut dikecam anak didiknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memintanya agar menghentikan politik lapuk yang menyebabkan perpecahan.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berkata, rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan agama, bersama-sama mencintai negara ini.

“Mereka mahu melihat Malaysia berkembang dan menjadi negara membangun (dengan) peluang pekerjaan, pengangkutan awam dan tata kelola yang baik,” katanya.

Katanya beliau amat pasti tidak ada rakyat bukan Melayu di negara ini yang mahu menukar nama negara. – Getaran, 29 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad