web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Perlu Mohon ETIAS Untuk Masuki Eropah Mulai 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 8:39PM

Bermula tahun depan, rakyat Malaysia perlu mendapatkan dokumen dalam talian dikenali sebagai Sistem Maklumat dan Kebenaran Perjalanan Eropah (ETIAS), sebelum memasuki mana-mana negara anggota Kesatuan Eropah (EU) atau Zon Schengen. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula tahun depan, rakyat Malaysia perlu mendapatkan dokumen dalam talian dikenali sebagai Sistem Maklumat dan Kebenaran Perjalanan Eropah (ETIAS), sebelum memasuki mana-mana negara anggota Kesatuan Eropah (EU) atau Zon Schengen.

Menurut laman web rasmi ETIAS EU, kebenaran akan dipautkan ke pasport pengembara dan sah selama tiga tahun atau sehingga tarikh luput passport, yang mewajibkan mereka mendapatkan ETIAS baharu.

Menurut laman sesawang itu, ETIAS membolehkan rakyat Malaysia menetap di Eropah sehingga 90 hari. 

Jelas laman sesawang tersebut, ETIAS bukan keperluan visa dan hanya bertujuan untuk menyimpan rekod keluar masuk Zon Schengen.

“Rakyat Malaysia diingatkan bahawa ETIAS hanyalah permit kemasukan jangka pendek, bertujuan untuk pelancongan, lawatan santai atau perjalanan perniagaan.

“Mereka tidak perlu membeli polisi insurans perjalanan untuk memasuki mana-mana negara anggota ETIAS,” kata laman sesawang itu.

Katanya, setiap permohonan yang perlu dibuat secara dalam talian akan dikenakan bayaran €7 (RM36) untuk semua individu berusia  antara 18 dan 70 tahun.

Sementara itu, bagi kanak-kanak bawah umur dan pemohon berumur lebih 70 tahun, tiada sebarang bayaran dikenakan.

EU berkata, kebanyakan permohonan untuk kebenaran akan diproses dalam beberapa minit tetapi sesetengahnya mungkin mengambil masa sehingga empat hari untuk dipertimbangkan, justeru pelancong dinasihatkan memohon ETIAS lebih awal daripada jadual perjalanan.

“ETIAS akan menjalankan pemeriksaan keselamatan terperinci ke atas setiap pemohon untuk menentukan sama ada mereka dibenarkan memasuki mana-mana negara Zon Schengen.

“ETIAS juga akan memastikan pemohon bukan satu ancaman terhadap keselamatan walaupun mereka adalah penduduk dari negara yang tidak memerlukan visa untuk tujuan perjalanan di EU,” katanya.

Dokumen kebenaran perjalanan ETIAS diperlukan mulai 2024 untuk memasuki Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czechia, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Italy, Latvia.

Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.

Buat masa ini, Malaysia adalah antara ssatu daripada 63 negara yang dibenarkan memasuki kebanyakan negara Eropah tanpa visa. - Getaran, 29 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini