web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Perlu Contohi Arab Saudi,  Majukan Sektor Pelancongan Tanpa Nafi Hak Bukan Islam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 4:41PM

Tiong King Sing - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sektor pelancongan di Kelantan dikhuatiri mengalami kesan buruk jika lebih ramai wanita dikompaun kerana berpakaian ‘tidak sopan’.

Meluahkan kebimbangan itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tindakan sedemikian boleh memberi impak besar kepada penduduk tempatan dan pelancong.

Jelasnya, pentadbir PAS di Kelantan perlu mencontohi negara Islam seperti Arab Saudi yang memajukan sektor pelancongan tanpa menafikan hak penganut agama lain.

“Saya ingin mengajak semua khususnya pemimpin PAS agar belajar daripada negara Islam berkuasa besar di peringkat antarabangsa seperti Arab Saudi yang maju dan berkembang dalam sektor pelancongan mereka, tanpa menafikan hak orang lain yang berbeza agama.

“Saya juga sekali lagi ingin mengingatkan kepada semua pihak, tak kira parti, agama atau bangsa sekalipun bahawa Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengenakan kompaun ke atas seorang peniaga wanita kerana didakwa berpakaian tidak sopan baru-baru ini.

Peniaga wanita itu yang memakai seluar pendek paras punggung ketika berada di premis niaganya didapati melanggar Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019.

Mengulas lanjut, King Sing berkata, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.’ 

Malah, katanya, Perkara 8 juga jelas menunjukkan bahawa kesamarataan dilindungi dan sebarang bentuk diskriminasi diharamkan, termasuk atas alasan agama, keturunan, tempat lahir dan jantina. 

“Ini mencerminkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama dan kaum yang aman sentosa. 

Pada masa sama, King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu turut menegaskan, beliau sebagai golongan bukan Islam sama sekali tidak menafikan atau mempersoalkan mana-mana agama atau kaum di negara ini.

“Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan tanah airku, (kita perlu) saling hormat-menghormati, meraikan kepelbagaian serta saling berkasih sayang.

“Kita perlu mendukung Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada kekuatan Malaysia selama ini,” katanya. – Getaran, 29 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi