web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengecualian Surcaj Elektrik Domestik Tidak Lebih 1,500 kWj Kekal Di Sabah, Labuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 7:16AM

Menurut ST, pengguna domestik (tarif DM) dengan unit penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj bagaimanapun akan dikenakan surcaj 2.11 sen per kWj - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengecualian surcaj kepada pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah, dikekalkan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini. 

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu adalah susulan keputusan kerajaan hari ini untuk melaksanakan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang  (ICPT) secara bersasar dalam tempoh tersebut.

Menurut ST, pengguna domestik (tarif DM) dengan unit penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj bagaimanapun akan dikenakan surcaj 2.11 sen per kWj. 

Kenyataan itu menyebut pengecualian surcaj ICPT kepada pengguna bukan domestik dalam kategori tarif komersial dan perindustrian voltan rendah (tarif CM1 dan ID1) turut dikekalkan manakala pengguna bukan domestik lain akan mengalami penurunan kadar surcaj daripada 10.04 sen per kWj kepada 2.11 sen per kWj. 

Katanya penetapan tarif untuk Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dilaksanakan melalui kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang merangkumi dua komponen utama iaitu tarif asas dan kadar ICPT. 

“Tarif asas adalah kekal dalam tempoh kawal selia IBR yang disemak setiap tiga tahun. Namun demikian kadar ICPT diselaraskan setiap enam bulan bergantung kepada perubahan kos bahan api bagi penjanaan elektrik,” menurut kenyataan itu. 

ICPT merujuk kepada satu mekanisme di bawah IBR yang membolehkan kos bahan api diselaras setiap enam bulan berdasarkan kadar turun naik harga global bahan api.

Menurut ST, pelarasan bagi tempoh enam bulan itu mengambil kira perbezaan antara kos bahan api dan kos penjanaan elektrik sebenar berbanding kos yang diunjurkan dalam penetapan kadar tarif asas SESB.

Katanya sebarang perbezaan antara kos dan unjuran dalam tempoh itu bagaimanapun akan dilepaskan dalam bentuk rebat atau surcaj melalui bil elektrik pengguna. 

“Sekiranya kos sebenar melebihi kos yang diunjurkan maka pengguna akan dikenakan surcaj. Namun sekiranya kos sebenar lebih rendah dari kos yang diunjurkan maka pengguna akan menerima rebat,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu menyebut peningkatan ketara kos bahan api menyebabkan kos penjanaan elektrik meningkat sebanyak 13 peratus  berbanding yang diunjurkan dalam penetapan tarif asas justeru memberi impak kepada terhadap kos ICPT dan tarif elektrik secara amnya.

“Dalam konteks ini, purata harga diesel dan medium fuel oil (MFO) telah meningkat masing-masing sebanyak 58 peratus dan 78 peratus berbanding harga bahan api yang diunjurkan dalam tarif asas bagi tempoh sama melalui tempoh kawal selia pertama (RP1) di bawah kerangka kerja IBR,” katanya. 

Menurut ST, bagi mengurangkan impak pelarasan bersasar itu kepada pengguna, kerajaan memperuntuk sejumlah RM54.3 juta sebagai subsidi kepada kategori pengguna yang terlibat.

ST turut menasihati pengguna untuk menjimatkan penggunaan elektrik dengan bijak melalui penggunaan peralatan cekap tenaga selain melaksanakan penyelenggaraan terhadap peralatan elektrik secara berkala dan menutup suis apabila tidak digunakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad