web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Mahathir Dijemput Ke Kongres Ekonomi Melayu, Beri Idea Bukan Burukkan Orang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 7:07AM

Kongres Ekonomi Melayu adalah satu daripada tujuh agenda dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 untuk dilaksana parti berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Ekonomi Melayu yang dijadual dianjurkan Pemuda dan Puteri UMNO awal tahun depan, akan membicarakan serta merencana mengenai masa depan kaum itu dengan lebih baik.

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Dr Mohamad Akmal Saleh, ia berbeza dengan proklamasi Melayu yang hanya bercakap mengenai kepentingan merebut kuasa politik tidak berkesudahan dalam kalangan kumpulan tertentu.

Justeru, beliau mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menempelak tindakan UMNO mengadakan Kongres Ekonomi Melayu, ketika mantan Perdana Menteri itu berusaha menjayakan gerakan Proklamasi Orang Melayu (POM).

“Terima kasih Tun atas pandangan yang diberi. Bezanya proklamasi Melayu hanya bercakap mengenai kepentingan merebut kuasa politik sekumpulan golongan yang tidak sudah-sudah dari kami belum lahir, sehingga ke hari ini.

“Kongres Ekonomi Melayu yang kami buat pula akan bercakap dan merencana mengenai masa depan Melayu yang lebih baik.

“Saya juga berbesar hati menjemput Tun di dalam kongres ini nanti untuk hadir dan memberi buah fikiran macam mana nak memajukan Melayu ini, daripada kita asyik bercakap mengenai keburukan orang lain sahaja. Moga Tun diberikan kesihatan yang baik oleh Allah,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, pihaknya akan mengumpulkan bijak pandai dan membincangkan bukan sahaja soal politik, tetapi ekonomi, sosial dan pelbagai lagi topik untuk menjadi dasar masa depan Melayu.

Dr Mahathir pada sidang akhbar khas semalam secara sinis turut berkata, walaupun hasrat dan tindakan parti berkenaan dilihat mahu memperkasakan Melayu, namun duit serta sogokan untuk mendapatkan sokongan pengundi masih menjadi keutamaan.

“Sekarang baharu mereka teringat nak buat kongres, selama ini mereka hanya teringat nak buat duit.

“Banyak yang curi duit, mereka guna duit untuk dapat sokongan. Sebab itu dalam pilihan raya mereka perlukan duit yang banyak beli bendera, buat sepanduk dan sebagainya serta nak sogok pengundi.

“Sebab itu kalau mereka berjaya tarik sokongan orang Melayu dan jadi kerajaan sekali lagi, duit kita akan hilang,” menurut Dr Mahathir.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Kongres Ekonomi Melayu bakal dianjurkan Pemuda dan Puteri UMNO akan lebih bermakna, berbanding POM yang diterajui Mahathir.

Jelasnya, ia kerana mantan Ahli Parlimen Langkawi itu sudah diberi peluang sebelum ini, namun tidak memanfaatkan sepenuhnya untuk membina ekonomi Melayu, malah mengeluh dengan situasi kaum berkenaan apabila tidak lagi menerajui negara.

Kongres Ekonomi Melayu adalah satu daripada tujuh agenda dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 untuk dilaksana parti berkenaan. - Getaran, 29 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad