web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


OP HRAA: 264 Saman Dikeluarkan Terhadap Penunggang Motosikal - JPJ Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 9:54AM

Sebanyak 264 saman dikeluarkan terhadap 117 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Op Hari Raya Aidiladha 2023 (OP HRAA) di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan, setakat pukul 10 malam semalam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Sebanyak 264 saman dikeluarkan terhadap 117 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Op Hari Raya Aidiladha 2023 (OP HRAA) di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan, setakat pukul 10 malam semalam.

Dalam operasi yang memberikan tumpuan terhadap penunggang motosikal itu, sebanyak 412 kenderaan diperiksa bermula 8 malam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Datuk Khairul Khar Yahya berkata antara kesalahan yang dilakukan penunggang motosikal ialah tidak mempunyai lesen memandu (122), tiada cukai jalan atau telah tamat tempoh (95) dan kesalahan melibatkan nombor pendaftaran (27).

"Sebanyak 13 motosikal telah disita dalam operasi hari ini. Malam ini kita memberikan fokus terhadap penunggang motosikal. Ini adalah berdasarkan rekod kemalangan maut, pengguna motosikal bagi tempoh 2010-2022 adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan pengguna kenderaan lain (melebihi 60 peratus)," katanya dalam sidang media selepas hadir ke OP HRAA di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan, hari ini.

Beliau berkata pada operasi musim perayaan Aidilfitri (OP HRA 2023) lepas, JPJ Selangor mengeluarkan 5,289 notis saman dan sebanyak 2,161 notis saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal iaitu kategori pengangkutan tertinggi melakukan kesalahan. 

Menurut Khairul, hari ini pihaknya turut melakukan pemeriksaan dan penyamaran dengan menaiki kenderaan awam seperti bas di terminal bas utama bermula pukul 7 pagi hingga 11 malam.

"Sebanyak empat notis dikeluarkan terhadap empat pemandu bas di Muar, Johor; Teluk Intan di Perak; Seremban, Negeri Sembilan; dan Melaka atas kesalahan seperti memandu di lorong kanan secara berterusan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu," katanya.

Beliau berkata operasi malam ini turut disertai oleh Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Alam Sekitar, dan lima penunggang motosikal ditahan kerana positif ujian saringan air kencing serta tiga notis dikeluarkan akibat bunyi bising dari kenderaan.

Sementara itu, beliau berkata objektif OP HRAA yang dilaksanakan selama empat hari bermula 27 hingga 28 Jun (sebelum Hari Raya Aidiladha) dan 1 hingga 2 Julai selepas perayaan Aidiladha adalah untuk memastikan kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya dengan lebih selamat.

"Ia juga bagi memastikan kelancaran dan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam bagi peningkatan keselamatan, kualiti dan keboleharapan perkhidmatan kepada pengguna selain menguatkuasakan pematuhan peraturan dengan memberi tumpuan terhadap sembilan kesalahan utama yang dianggap punca kemalangan.

"Antara aktiviti penguatkuasaan yang ditetapkan sepanjang OP HRAA ialah melakukan rondaan di lebuh raya dan kawasan kerap kemalangan (termasuk black spot), mengadakan operasi motosikal dan penyamaran bas dan pemeriksaan bas di terminal utama," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad