web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Mahkamah Belanda Buktikan Banyak Tidak Kena Dengan Award Kumpulan Sulu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 7:29AM

Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda semalam menafikan permohonan Kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan award timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di Belanda - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda yang menolak tuntutan Kumpulan Sulu, mengukuhkan pendirian Malaysia bahawa banyak yang tidak kena mengenai kesemua award itu, kata peguam.

Mahkamah itu semalam menafikan permohonan Kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan award timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di Belanda.

Mengulas mengenai keputusan bersejarah itu, peguam di Mahkamah Jenayah Antarabangsa  Datuk N.Sivananthan berkata keputusan itu jelas memusnahkan kaedah tidak ortodoks award yang diberikan pada mulanya dan pelantikan penimbang tara yang dipertikaikan. 

“Ia mengukuhkan pendirian Malaysia dan keseluruhan award itu banyak yang tidak kena,” katanya kepada Bernama. 

Sivananthan juga berkata beliau tidak nampak sebarang prospek kejayaan jika Kumpulan Sulu mengulangi tindakan mereka untuk menguatkuasakan award akhir itu.

Berkongsi pandangan sama, peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar berkata penghakiman itu adalah tepat kerana ia memutuskan award itu adalah bermasalah dan jika dikuatkuasakan akan memberi impak negatif kepada kedaulatan Malaysia.

“Saya tidak tahu apa tindakan mereka seterusnya. Mereka mungkin cuba menguatkuasakan award di dalam bidang kuasa mahkamah lain. Itu akan saya fikir menjadi lebih sukar dengan keputusan mahkamah di Perancis dan Belanda,” katanya. 

Pada 6 Jun, Malaysia  melakar kejayaan bersejarah selepas Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award  yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.  

Award akhir yang diperkatakan itu dikeluarkan Stampa, seorang  penimbang tara Sepanyol pada 28 Feb 2022 kepada lapan individu terbabit. 

Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award akhir bernilai US$14.9 bilion , Kumpulan Sulu dilaporkan telah mencuba untuk merampas aset syarikat petroleum Malaysia, Petronas di Luxembourg dan Belanda serta menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk kedutaan).

Pada 2019, Kumpulan Sulu membawa perkara itu kepada penimbang tara Sepanyol itu untuk mendapatkan pampasan untuk tanah di Sabah, yang didakwa dipajakkan oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.  - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad