web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TUDM Terkorban Semasa Latihan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 5:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban semasa latihan menembak senjata dan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, Ahad lalu. 

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian kedua-dua anggota berkenaan dan berharap seluruh keluarga sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu. 

"Seri Paduka berdua mendoakan agar roh-roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

"Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Al-Sultan Abdullah menghargai jasa dan khidmat kedua-dua anggota terbabit kepada TUDM dan negara,” menurut catatan itu.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.10 tengah hari, Ahad lalu, Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, meninggal dunia selepas dikatakan terkena bom lempar yang meletup ketika sesi latihan di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar kem berkenaan.

Allahyarham merupakan penuntut bagi Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 Siri 78/23 Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan meninggal dunia.

Sementara itu, Koperal Udara Syuib Bidin, 33, jurulatih di INSTAR meninggal dunia pada 5.45 petang hari yang sama ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di Hospital Segamat, Johor.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar seorang lagi jurulatih INSTAR, Koperal Udara Khairuzaman Lokman yang cedera dalam insiden tersebut dipermudahkan urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan segera.

Khairuzaman, 35, kini sedang menerima rawatan di Hospital Segamat. - Bernama

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad