web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perubahan Drastik KLIA Terminal 1 Dalam Masa 3 Tahun - Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 8:47PM

Anthony Loke berkata usaha itu dijangka mampu mengembalikan kedudukan KLIA Terminal 1 sebagai lapangan terbang terbaik di dunia - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan mengalami perubahan drastik dalam masa tiga tahun dengan pelaksanaan beberapa usaha termasuk menaik taraf sistem penggerak penumpang automasi atau aerotrain dan sistem pengendalian bagasi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata usaha itu dijangka mampu mengembalikan kedudukan KLIA Terminal 1 sebagai lapangan terbang terbaik di dunia, yang kini berada di tangga ke-67 berbanding ke-62 pada 2022.

Kedudukan terbaik yang pernah dicapai oleh KLIA Terminal 1 adalah di tangga kedua pada 2001, sebelum merosot ke kedudukan ke-14 pada 2013 dan ke-44 pada 2018.

"Kita melihat kedudukan semakin merosot itu merupakan satu kebimbangan kerana hilang daya tarikan di KLIA Terminal 1.

“Kita perlu kembalikan kedudukan KLIA Terminal 1 kerana ia merupakan lapangan terbang penting untuk negara dan melambangkan imej negara," kata Loke kepada media selepas melancarkan penginapan CapsuleTransit di KLIA Terminal 1, di sini hari ini.

Loke berkata mutu perkhidmatan serta ekosistem termasuk mesra kepada sektor peruncitan untuk melabur dalam pelbagai kemudahan dan perkhidmatan, perlu bergerak seiring untuk menjadikan KLIA Terminal 1 hebat semula di dunia.

Sementara itu, Loke berkata pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) yang berusia 58 tahun tidak akan menggantikan KLIA Terminal 1 sebagai lapangan terbang utama negara.

“Pembangunan semula SAAS tidak akan menggantikan KLIA Terminal 1,” katanya, menambah bahawa SAAS akan menjadi lapangan terbang bandar kepada pasaran khusus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek