web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan Petugas Khas Ditubuh Atasi Masalah Lambakan Calon Ujian Memandu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 6:30PM

Anthony Loke berkata dianggarkan 600,000 calon mengikuti kursus dan ujian memandu setiap tahun dan lambakan itu berlaku disebabkan penutupan institusi memandu susulan pandemik COVID-19 - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Pasukan petugas khas ditubuhkan bagi mengatasi masalah lambakan calon (backlog) ujian memandu di institut memandu (IM) seluruh negara ketika ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke berkata dianggarkan 600,000 calon mengikuti kursus dan ujian memandu setiap tahun dan lambakan itu berlaku disebabkan penutupan IM susulan pandemik COVID-19.

“Backlog panjang bukan mereka tidak dapat lesen memandu tetapi masa menunggu itu lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan petugas khas yang diketuai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu akan mencari kaedah untuk mengatasi lambakan calon ujian memandu serta mempercepatkan urusan mendapatkan lesen.

Loke turut mengumumkan inisiatif kerajaan untuk membantu pengusaha IM iaitu pelanjutan had usia kenderaan yang digunakan di institut daripada tujuh tahun kepada 10 tahun.

“Kita ambil satu pertimbangan untuk membantu pemain industri IM kerana umum diketahui semasa COVID-19 mereka tidak boleh buat apa-apa.

“Kebanyakan kenderaan yang masuk ke tahun ketujuh sudah tidak boleh dipakai dan menambahkan beban pengusaha dan tidak adil,” katanya serta menambah JPJ akan mengintegrasikan perkara itu ke dalam sistem secepat mungkin.

Bagi menggalakkan IM melabur dalam kenderaan baharu, Loke berkata pemeriksaan kenderaan dikecualikan untuk tahun pertama dan kedua.

“Untuk tahun-tahun seterusnya hingga tahun ke-10, pemeriksaan berkala yang diwajibkan adalah setahun sekali," katanya. 

Mengenai cadangan membenarkan IM mengendalikan ujian KPP01 berkomputer untuk mendapatkan lesen, Loke berkata JPJ sedang merangka satu prosedur operasi standard (SOP) untuk menjaga integriti dan ketelusan ujian tersebut. 

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menyampaikan pandangan sekiranya IM dibenarkan untuk mengendalikan ujian itu, dibimbangi terdapat kelonggaran atau kebocoran maklumat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam