web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elaun Tugas Atas Panggilan Pegawai Perubatan Dibayar Bulanan, Bukan Jam - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 4:42PM

ETAP adalah elaun yang dibayar sebagai imbuhan atas tanggungjawab tambahan dijalankan pegawai perubatan dalam merawat pesakit, semasa bertugas atas panggilan di hospital selepas waktu bekerja biasa - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Prinsip pembayaran Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) atau on call yang dibayar kepada penjawat awam, termasuk pegawai perubatan adalah bersifat bulanan dan bukan mengikut jam bekerja.

Menerusi kenyataannya, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, ETAP adalah elaun yang dibayar sebagai imbuhan atas tanggungjawab tambahan dijalankan pegawai perubatan dalam merawat pesakit, semasa bertugas atas panggilan di hospital selepas waktu bekerja biasa.

Katanya, ETAP turut dibayar kepada pegawai perubatan kerana diarah bertugas atas panggilan di klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit selepas waktu pejabat.

“Pengiraan kadar ETAP dengan membahagikan RM220 (kadar ETAP aktif hari kelepasan am dan mingguan bagi pegawai perubatan) kepada 24 jam sehari (RM9.16 sejam) adalah tidak tepat kerana ETAP dibayar berdasarkan 15 jam sehari mengambil kira tempoh tugas atas panggilan selepas waktu bekerja biasa,” katanya.

KKM berkata, pembayaran ETAP adalah berdasarkan tempoh pegawai diarah bertugas atas panggilan (minimum 4 jam bertugas) dan tidak termasuk waktu bekerja biasa pegawai.

“Sebagai contoh, Dr Ali, seorang pakar perubatan Gred UD52, menerima gaji (gaji pokok dan elaun tetap bulanan) sebanyak RM17,299 dan juga diarah melakukan tugas atas panggilan secara aktif di hospital.

“Berdasarkan gaji diterima sebulan, Dr Ali layak menerima gaji sebanyak RM576.63 sehari. Bagi hari beliau diarah bertugas atas panggilan secara aktif, beliau layak dibayar ETAP sebanyak RM250 bagi tambahan jam beliau bertugas selepas waktu bekerja biasa.

“Sehubungan itu, jumlah gaji diterima pada hari Dr Ali melakukan tugas atas panggilan adalah RM576.63 dicampur dengan ETAP (RM250) yang mana jumlahnya adalah RM826.63 sehari,” katanya.

Ujarnya, berdasarkan penjelasan di atas, emolumen dan elaun lain kepada pegawai awam dibuat berdasarkan struktur serta prinsip penggajian dalam perkhidmatan awam.

“Ia bersandarkan prinsip rate for the job dan prinsip pariti serta mengambil kira keupayaan kewangan semasa.

“Sebanyak 791 klinik kesihatan, dikenal pasti menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit selepas waktu pejabat. Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, kadar ETAP dinaikkan sebanyak tiga kali, iaitu pada 2001, 2005 dan 2012,” katanya.

Pada masa sama, KKM berkata, secara umumnya, pihaknya membelanjakan antara 70 ke 75 peratus daripada peruntukan ‘Belanja Mengurus’ kementerian berkenaan untuk pembayaran emolument, iaitu gaji dan elaun bagi lantikan tetap serta kontrak warganya

“Sebagai contoh, bagi tahun 2022, jumlah emolumen adalah RM21.61 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, emolumen bagi pegawai lantikan tetap adalah RM18.81 bilion dan emolumen bagi pegawai lantikan kontrak adalah RM2.8 bilion,” katanya.

Selain itu, KKM memaklumkan, pihaknya juga membayar elaun lain berdasarkan tuntutan kepada pegawai perubatan berjumlah RM165 juta setahun.

Ujarnya, prinsip pembayaran gaji dan elaun tetap kepada penjawat awam termasuk pegawai perubatan, adalah bersifat bulanan serta bukan mengikut jam bekerja.

Peraturan yang sama, katanya, dilaksanakan di sektor swasta, iaitu sekiranya pegawai tidak hadir bertugas cukup sebulan, pembayaran gaji dan elaun pada bulan berkenaan dibuat secara pro-rata, berdasarkan bilangan hari pegawai bekerja dalam bulan berkenaan.

“Selain daripada gaji dan ETAP, pegawai perubatan turut menerima pelbagai jenis elaun lain, seperti Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Pakar, Elaun Bertugas Pegawai Perubatan Selepas Waktu Pejabat di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan Hospital (Elaun Locum) serta Elaun Pembedahan Elektif). – Getaran, 26 Jun 2023

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad