web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM: Pelabur, Pembiaya Disaran Beralih Ke Asia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 11:29AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelabur dan pembiaya berisiko berhadapan kerugian sekiranya tidak beralih ke Asia yang dilimpahi dengan sejumlah besar sumber semula jadi, potensi tenaga boleh diperbaharui serta populasi yang kian meningkat yang tidak menolak inovasi bersama selain semakin menghargai ekonomi hijau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehubungan itu, terdapat potensi lagi untuk rantau ini berkembang sebagai pemain dalam rantaian nilai sifar bersih sama seperti sumber biodiversiti yang kaya dan peratusan tinggi litupan hutan menawarkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi yang amat banyak.

“Selain membangunkan peluang hidrogen dan CCS (penangkapan dan penyimpanan karbon) untuk menyimpan karbon, dengan inovasi bateri dan penyimpanan elektrik berjalan dengan baik, terdapat peluang untuk memajukan mineral nadir bumi serta mewujudkan ekosistem kondusif bagi mengukuhkan rantaian bekalan,” katanya dalam ucaptama pada acara  Energy Asia 2023 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata membangunkan sumber dan potensi ini memerlukan akses kepada pembiayaan, teknologi dan inovasi, rangka kerja dasar yang tepat dan set kemahiran untuk masa depan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar