web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Maut Dipercayai Dibunuh Teman Lelaki Di Ipoh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 5:14PM

Mangsa dan suspek tinggal bersama di sebuah rumah kedai, mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan dan punca pergaduhan masih dalam siasatan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita pada 4.34 pagi tadi mengenai satu kejadian pergaduhan membabitkan pasangan kekasih itu di tingkat atas rumah kedai berkenaan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa berumur 24 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas sebuah katil dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

"Polis menahan teman lelaki mangsa berusia 23 tahun yang mengaku telah memukul mangsa dan turut menahan tiga lagi individu berusia lingkungan 29 hingga 65 tahun termasuk ibu suspek yang berada di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa dan suspek yang tinggal bersama di rumah kedai tersebut mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan dan punca pergaduhan masih dalam siasatan.

Menurut Yahaya pihaknya merampas sebatang kayu penyapu dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa selain turut merampas empat telefon bimbit milik kesemua suspek.

Katanya ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kesemua suspek mendapati hanya teman lelaki mangsa positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua suspek direman selama seminggu sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata dengan tertangkapnya kesemua suspek, kes itu berjaya diselesaikan dan pihaknya akan melengkapkan siasatan kes dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

4

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

5

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

6

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja