web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Kawalan Merokok Perlu Dibentangkan Secepat Mungkin - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 4:07PM

Tinjauan juga menunjukkan bahawa dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian setiap tahun di negara ini adalah akibat tabiat merokok setiap tahun - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa meminta semua pihak menyokong usaha untuk memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dapat dibentangkan di Parlimen dalam persidangan akan datang.

Beliau berkata melalui langkah perundangan ini, ia diharapkan akan dapat melahirkan generasi muda Malaysia bebas daripada sebarang bentuk tabiat merokok yang dikenali sebagai Generasi Penamat Rokok melibatkan golongan remaja lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya. 

Katanya tinjauan kesihatan remaja melibatkan golongan anak muda berusia 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan pengguna peranti merokok elektronik daripada 211,084 orang pada tahun 2017 kepada 301,109 orang pada tahun 2022.

"Ini belum mengambil kira penggunaan rokok konvensional yang melibatkan kumpulan remaja ini iaitu seramai 186,817 orang pada tahun 2022. Data yang dikongsikan ini merupakan satu senario nyata yang menuntut keprihatinan dan tindakan secara bersama semua pihak.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalannya Lukanisman Awang Sauni pada Majlis Perasmian Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaaan di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata Malaysia menyaksikan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, dan NCD ini sebenarnya boleh dicegah melalui pembudayaan hidup sihat antaranya dengan tidak mengamalkan tabiat merokok.

Beliau berkata tinjauan itu juga menunjukkan bahawa dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian setiap tahun di negara ini adalah akibat tabiat merokok setiap tahun. 

Katanya pada masa yang sama kementeriannya juga memberikan perhatian kepada peningkatan trend penggunaan rokok elektronik dan vape iaitu prevalen sebanyak 4.9 peratus yang bersamaan dengan 1.13 juta pengguna dalam kalangan dewasa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan