web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Kaji Lokasi Bangun Stesen Minyak Tanpa Subsidi Di Johor Bahru

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 9:17PM

Salahuddin turut mengingatkan kenderaan berpendaftaran asing tidak dibenarkan mengisi petrol bersubsidi RON95 termasuklah mengisikannya ke dalam tong untuk kegunaan kenderaan lain kerana subsidi petrol hanya diberikan kepada rakyat Malaysia. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan sedang mengkaji lokasi sesuai bagi membangunkan stesen minyak tanpa subsidi di daerah ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata kajian terperinci perlu dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memandangkan Johor bersempadan dengan Singapura dan banyak kenderaan dari republik itu mengisi petrol di bandar raya ini.

 Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

"Menerusi projek rintis di dua stesen minyak tanpa subsidi yang dibuka di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis, ia dapat menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.

"Di Johor Bahru ini, kita sedang buat kajian terperinci kalau ada tempat sesuai, kita akan buka untuk mengelakkan atau meminimumkan aktiviti pembelian minyak bersubsidi (oleh kenderaan asing)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran iTTV e-Learning Rahmah di Kempas di sini hari ini.

Pada 18 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata KPDN kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis.

Ahmad Zahid dipetik berkata KPDN sedang peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi terutamanya di Kelantan dan akan disusuli dengan Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan Johor.

Sementara itu, Salahuddin turut mengingatkan bahawa kenderaan berpendaftaran asing tidak dibenarkan mengisi petrol bersubsidi RON95 termasuklah mengisikannya ke dalam tong untuk kegunaan kenderaan lain kerana subsidi petrol hanya diberikan kepada rakyat Malaysia.

"Berhubung kes tular melibatkan warga Singapura mahu membeli bahan api itu, bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia tidak sempat membelinya. Alasan diberi iaitu untuk kegunaan go-kart… saya sedang menunggu laporan daripada KPDN Johor, jika pemilik stesen melakukan kesalahan, mereka boleh didakwa mengikut undang-undang," katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilapor berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan seorang penghantar makanan dan dua lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, pada 16 Jun lepas. 

Mengenai iTTV e-Learning Rahmah, Salahuddin berkata pelaksanaan Pakej Tuisyen Rahmah itu dapat memanfaatkan ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan.

Beliau berkata pelaksanaan pakej tersebut bertujuan membantu kumpulan miskin tegar dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan tambahan demi masa depan mereka.

"Pakej ini menyasarkan murid daripada darjah empat hingga pelajar tingkatan lima dengan penyediaan lebih 3,000 video tutorial berdasarkan sukatan kurikulum Kementerian Pendidikan," katanya sambil menambah pelancaran pakej itu turut membuktikan inisiatif Payung Rahmah masih diterima rakyat Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad