web statsweb stats

Berita Terkini

10 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan SAR Laung Azan Sebelum Jumpa Naufal Dalam Keadaan Selamat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 12:46PM

Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris dijumpai pada 10.49 pagi ini, kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikal yang ditinggalkan mangsa ditemukan. - Gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar tahfiz berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai, Gerik melaungkan azan sebelum menemukan pelajar itu dalam keadaan selamat, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris dijumpai pada 10.49 pagi ini, kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikal yang ditinggalkan mangsa ditemukan. 

“Pasukan SAR  pada pagi ini dipecahkan kepada lapan kumpulan yang disertai pelbagai agensi seperti JBPM, PDRM, PGA dan orang awam. Gerak kerja dimulakan dengan membuat laungan azan oleh Pegawai Operasi PKpgB Hasna Rashid.

“Lokasi berkenaan sebelum ini juga telah pun dibuat pencarian namun mungkin situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak ditemukan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa ditemukan dalam keadaan lemah.

Terdahulu, operasi hari keempat diteruskan hari ini dengan kekuatan anggota 94 orang termasuk polis, unit K9 bomba, Agensi Pertahanan Awam dan orang awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Remaja Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang Di Muar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pernah Melihat Mereka? Sila Hubungi Polis Jika Ada

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Parah Dipijak Gajah Di Gerik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Hilang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad