web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Astana Sarawak Lapor Polis Penyebaran Berita Palsu Keadaan Kesihatan Tun Abdul Taib

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 6:06PM

Peter Sibon berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara berkenaan supaya berita palsu yang telah tersebar itu dapat dihentikan segera - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Astana Negeri Sarawak membuat laporan polis berhubung berita palsu mengenai keadaan kesihatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Negeri, Peter Sibon dan beberapa wakil dari Astana di Balai Polis Gita di sini.

Bercakap kepada pemberita, Peter berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara berkenaan supaya berita palsu yang telah tersebar itu dapat dihentikan segera.

“Kami harap polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyebaran berita palsu itu yang menyatakan bahawa Tun (Abdul Taib) tidak sihat, Tun nazak malah ada dakwaan Tun sudah meninggal dunia.

“Kita tidak dapat mengenal pasti (punca berita palsu itu), kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat bagaimana dan asal usul serta sumber berita palsu itu,” katanya.

Semalam, Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua, Junih Salleh Ahmad dalam kenyataan berkata Abdul Taib berada dalam keadaan sihat dan baik, justeru, menolak khabar angin yang tersebar mengenai keadaan kesihatan beliau seperti yang disebarkan di media sosial.

Junih berkata semua berita yang  tular dan tidak sahih berhubung keadaan kesihatan Abdul Taib adalah tidak benar sama sekali dan ia adalah palsu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad