web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Boleh Hantar Angkasawan Kedua Jika Negara Stabil - Sheikh Muszaphar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 12:00PM

Pameran replika bulan yang diberi nama Muzium of the Moon telah diadakan Muzium Budaya Borneo. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Ketabilan politik dan kerajaan futuristik akan memberi laluan kepada Malaysia untuk merealisasikan misinya menghantar angkasawan kedua pada 2030, kata angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Beliau berkata inisiatif di bawah rangka tindakan Agensi Angkasa Negara Malaysia itu bertujuan menghantar angkasawati atau angkasawan wanita pertama negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan pusingan pemilihan dijangka pada 2025 atau 2026.

“Rangka tindakan itu adalah untuk mencari angkasawati, jadi seorang (angkasawan) wanita kali ini dan saya berharap individu itu adalah dari Sarawak,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah sempena penganjuran pameran replika bulan yang diberi nama Muzium of the Moon di Muzium Budaya Borneo di sini malam tadi. 

Pada 2013, dilaporkan Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Invoasi (MOSTI) dijangka menghantar kumpulan kedua angkasawan untuk menjalankan pelbagai tugasan penyelidikan di ISS menjelang 2016.

Mengenai pameran itu, beliau berkata muzium berkenaan digalakkan untuk merancang lebih banyak aktiviti pada masa akan datang yang dapat menyemai minat pengunjung muda untuk menjadi doktor, saintis dan jurutera.

Terdahulu dalam ceramah motivasi bertajuk “Perjalanan ke Angkasa”, Dr Sheikh Muszaphar yang mengembara ke angkasa pada 2007 berkata kerajaan Sarawak memainkan peranan penting untuk mencetuskan minat pelajar Sarawak untuk menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran Museum of The Moon itu memberi pendedahan yang perlu kepada penuntut universiti dan pelajar sekolah mengenai pendidikan STEM khususnya tentang bulan.

Beliau berkata pameran seperti itu seiring dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) bagi mengiktiraf kepentingan menggabungkan sains.

“Walaupun kita masih jauh dari segi penerokaan angkasa lepas, masyarakat yang berasaskan sains dan data mesti diwujudkan sebagai asas kukuh untuk pertumbuhan masa depan dalam pendidikan STEM di semua peringkat,” katanya dalam ucapan perasmian.

Penganjuran pameran bulan itu merupakan julung kali diadakan di Malaysia bermula 17 Jun sehingga 5 Ogos, memaparkan karya seniman Luke Jerram dari United Kingdom yang terkenal dengan hasil seni berskala besar. 

Pengunjung akan terpukau menyaksikan replika besar bulan yang digantung di bahagian tengah muzium yang dinyalakan lampu di permukaan sfera, berukuran tujuh meter diameter, menampilkan imej terperinci permukaan bulan daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad