Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kos Sara Hidup, Sentimen Agama Kaum Diramal Terus Jadi Modal Kempen PRN

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 7:11AM

Pada Februari lalu, enam negeri telah mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan kos sara hidup yang membelenggu rakyat di negara ini dijangka melatari kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menarik sokongan dan menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan

Kempen kali ini juga diramalkan tidak sunyi daripada elemen perkauman dan keagamaan, termasuk dari blok kerajaan.

Pakar Keselamatan dan Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, masih wujud pelbagai kelemahan daripada Kerajaan Perpaduan dalam menjaga kebajikan rakyat, meskipun beliau mengakui, pelbagai insentif telah dilaksanakan. 

Menurutnya, isu keserasian dalam kalangan parti komponen yang membentuk kerajaan Persekutuan juga dijangka akan menjadi naratif pembangkang pada enam PRN berkenaan.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

“Pembangkang sudah pasti akan bercakap soal kemampuan kerajaan dalam membangunkan negara, adakah kerajaan telah membuat perubahan atau sekadar retorik dari sudut menjaga kebajikan rakyat, seperti penyelesaian untuk isu kos sara hidup dan kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR) sehingga memberi kesan kepada peminjam.

“Parti komponen kerajaan pula akan bercakap soal bagaimana pentadbiran di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merumuskan atau menguruskan kos sara hidup rakyat dan kemungkinan memainkan sentimen agar pengundi di enam negeri harus (memberi undi) dapat bersama serta memberi (peluang) Kerajaan Perpaduan membangunkan negara,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Hussain turut menasihatkan pemimpin, jentera parti serta bakal calon memberi fokus kepada tawaran masing-masing dalam menjaga serta meningkatkan kebajikan rakyat.
Hussain turut menasihatkan pemimpin, jentera parti serta bakal calon memberi fokus kepada tawaran masing-masing dalam menjaga serta meningkatkan kebajikan rakyat.

Hussain berkata, semua pihak yang bakal bertanding pada PRN di enam negeri seharusnya tidak lagi menjadikan isu kaum dan agama sebagai modal berkempen untuk meraih undi.

Jelasnya, cubaan memanipulasi isu kaum dan agama demi keuntungan politik hanya akan mengundang lebih banyak mudarat dan mengancam keamanan serta keharmonian rakyat.

“Kurangkan isu agama, sentimen kaum tidak kira pembangkang atau kerajaan kerana dua perkara itu sudah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak perlu lagi merobeknya.

“Usah lagi tumpu pada isu itu namun fokus bagaimana nak uruskan rakyat yang tertindas dengan masalah ekonomi, pendidikan, pengangguran atau masalah air di Kelantan. Ini antara dasar perlu dibincangkan, bukan isu konflik agama atau bangsa. Lebih baik fokus juga kepada hala tuju pemerintahan di enam negeri berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, Hussain yang juga Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa UniSZA menasihatkan pemimpin, jentera parti serta bakal calon memberi fokus kepada tawaran masing-masing dalam menjaga serta meningkatkan kebajikan rakyat.

“Setiap calon perlu meletakkan hak rakyat sebagai keutamaan dalam kempen mereka walaupun ada perbezaan suasana politik di enam negeri terbabit, khususnya konsep kepimpinan negeri. Isu itu harus menjadi fokus kerana ia adalah tunjang terhadap kelangsungan kehidupan rakyat.

“Rakyat pula harus menjadi pengundi bijak dengan memilih calon yang mampu membawa legasi lembaran baharu untuk negara serta kemampuannya dalam bekerja. Ini termasuk komitmen mereka dalam melaksanakan amanah diberi seperti dikehendaki.

“Pilihlah calon yang benar memperjuangkan kebajikan orang ramai, bukan memilih sentimen atau ideologi parti bertanding agar setiap pihak boleh bernafas semula pada pasca pandemik COVID-19, selepas sekian lama terkesan dengan kegawatan ekonomi,” katanya.

Februari lalu, enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Enam negeri itu adalah Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan (PH), manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu pula di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Semalam. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan Kelantan telah membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 19 Jun lalu pula mengumumkan DUN Selangor akan dibubarkan hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Muhammad Sanusi Md Nor
Muhammad Sanusi Md Nor

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijadual menyembahkan cadangan pembubaran DUN Kedah pada 28 Jun ini, bagi membolehkan PRN diadakan serentak bersama lima lagi negeri lain.

Turut membubarkan DUN pada tarikh yang sama ialah Negeri Sembilan, manakala DUN Pulau Pinang akan dibubarkan pada 30 Jun ini.

Sehingga semalam, hanya Terengganu masih berteka-teki mengenai tarikh pembubaran DUN, walaupun tempoh penggal pentadbirannya akan genap lima tahun, hujung bulan ini.

Dr Noor Nirwandy Mat Noordin
Dr Noor Nirwandy Mat Noordin

Dalam pada itu, Penganalisis Keselamatan dan Politik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, sebarang isu sensitif melibatkan kaum, agama dan institusi Diraja perlu dielakkan pada PRN akan datang, memandangkan ia bertentangan dengan matlamat asal berpolitik iaitu memperjuangkan hak rakyat.

Sekiranya berdegil, jelasnya, pihak yang cuba mempolemikkan perkara itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaan kerana dua perkara itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Politik ini bukan untuk mewujudkan persengketaan, sebaliknya ia bertujuan untuk membangkitkan isu berteraskan kepentingan rakyat.

"Tugas ahli politik pula ialah menjaga Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, justeru mereka perlu memastikan segala solusi untuk semua permasalahan serta kepentingan rakyat dapat diselesaikan dengan sempurna,” katanya.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Sementara itu, Pakar Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Azmi Hassan memaklumkan, pembangkang ketika ini mempunyai keyakinan bahawa pengundi Melayu lebih mempercayai mereka dan menolak Kerajaan Perpaduan.

“Sehubungan itu, sudah pastinya isu penarikan semula rayuan kalimah Allah akan digunakan sepenuhnya demi menggambarkan UMNO begitu lemah dan tidak mempertahankan perkara berkenaan walaupun penjelasan sudah diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

"Ini akan menjadi senjata utama pembangkang bahawa mereka lebih layak untuk mentadbir negara, lebih stabil kerana sebahagian besar pengundi Melayu menyokong mereka,” katanya. - Getaran, 23 Jun 2023.


 

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Politik 5 jam yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok