web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imigresen Tumpas Sindiket Giat Seludup Manusia, Tahan 68 Individu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 2:28PM

Jabatan Imigresen berjaya menahan pendatang asing tanpa izin menerusi Ops Gelombang 3 yang diadakan di Kelantan, pada 14 Jun lalu. - Gambar ihsan Imigresen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket penyeludupan manusia tumpas susulan penahanan warga asing oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Terminal Bas Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi dikenali sebagai Ops Gelombang 3 itu bermula pada jam 3.30 pagi 14 Jun lalu.

Menurut beliau, ia dilaksanakan sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan JIM Kelantan.

“Operasi terbabit adalah rentetan kejayaan ‘Ops Gelombang 2’ dijalankan pada Mac 2023 lalu,”  katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 68 pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur antara 10 sehingga 62 tahun itu dipercayai cuba merebut peluang pekerjaan secara haram di negara ini.

Imigresen turut menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki berperanan sebagai transporter bagi sindiket terbabit.
Imigresen turut menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki berperanan sebagai transporter bagi sindiket terbabit.

“Pecahan mengikut warganegara adalah Myanmar membabitkan 16 lelaki dan lima perempuan, Indonesia (10 lelaki), Bangladesh (3 lelaki), Pakistan (2 lelaki), Vietnam (1 lelaki dan 5 perempuan) serta India (11 lelaki, 14 perempuan dan 1 kanak-kanak lelaki).

“Mereka dipercayai baru tiba dari negara jiran dan kemudian dipindahkan ke sekitar Terminal Bas Kota Bharu,” katanya.

Ruslin berkata, turut ditahan dalam operasi ini adalah tiga lelaki warganegara Malaysia disyaki berperanan sebagai transporter bagi sindiket terbabit.

Menurutnya, maklumat orang awam dan risikan selama dua bulan pihak penguatkuasa mendapati, modus operandi sindiket adalah menyeludup PATI melalui pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand.

Kesemua PATI itu, katanya, kemudian akan dibawa ke destinasi tertentu di luar Kelantan dan sekitar Lembah Klang.

“Dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap PATI untuk masuk ke negara ini dan dipercayai aktif sejak enam bulan lalu.

“Manakala transporter tempatan menerima upah antara RM150 hingga RM250 bagi setiap PATI dibawa dari sempadan ke terminal bas berkenaan,” katanya.

Antara mereka yang ditahan dalam Ops Gelombang 3.
Antara mereka yang ditahan dalam Ops Gelombang 3.

Beliau berkata, kesemua PATI yang ditangkap disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966.

Katanya, tiga lelaki tempatan pula sudah dihadapkan ke mahkamah dan direman enam hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan siasatan mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Susulan operasi ini, tegasnya, sebanyak tiga kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM50,000 turut disita untuk tindakan lanjut jabatan.

“Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama, sehingga sindiket ini berjaya ditumpaskan.

“Ini menunjukkan bahawa slogan ‘Keselamatan Negara Tanggung Jawab Bersama’ sudah dijiwai sebilangan besar rakyat Malaysia,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2023



 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad