web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Kembali Kepada Prinsip Asal Pembinaan Negara - Kit Siang 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 12:10PM

PRN Ogos nanti bakal membawa satu mesej jelas, iaitu apakah Malaysia sekali lagi mampu bergelar juara dunia dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun kepada dunia. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Malaysia perlu kembali kepada prinsip asal pembinaan negara, seperti yang diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, penerapan oleh tiga Perdana Menteri terawal negara itu dengan jelas menyebut mengenai satu kelas rakyat, yang tidak memberi layanan sama rata kepada semua lapisan masyarakat.

Menurut beliau, perincian tersebut bagaimanapun tidak terpakai ke atas Perikatan Nasional (PN), apabila blok terbabit cenderung mempromosikan perbezaan dalam kalangan rakyat.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

“PN percaya ada kelas rakyat, golongan Melayu dan Islam serta golongan bukan Melayu dan bukan Islam.

“Malaysia tidak boleh menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun kepada dunia sekiranya kita mempunyai dua kelas kerakyatan,” katanya menerusi hantaran di blog.

Jelas Kit Siang, enam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos nanti bakal membawa satu mesej jelas, iaitu apakah Malaysia sekali mampu bergelar juara dunia dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun kepada dunia.

“Atau apakah Malaysia akan merosot menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal dan teruk ,” katanya. 

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, barisan kepemimpinan PN seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai bukan lagi topik penting, tetapi kenyataan mereka menunjukkan blok tersebut mempunyai dua mesej untuk disampaikan kepada rakyat.

“Satu mesej kepada orang Melayu dan Islam dan satu (lagi) mesej berbeza kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam.

“Perkara ini menunjukkan kepentingan untuk mempunyai satu mesej bersama untuk semua pengundi di Malaysia, baik Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam dalam  PRN yang bakal berlangsung pada bulan Ogos akan datang ini,” katanya.

Tegas beliau, Malaysia pada dasarnya berada di titik pertemuan empat tamadun hebat iaitu Melayu atau Islam, Cina, India, dan Barat.

“Bolehkah agama dan falsafah hebat yang dibawa semua tamadun ini duduk bersama berdialog dan membawa kepada persefahaman, toleransi, dan keharmonian dan menghalang daripada terjadinya pertembungan antara tamadun seperti yang diramalkan oleh seorang saintis politik dari Amerika?

“Saya percaya yang rakyat Malaysia sejati, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, baik Muslim, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, atau Tao, mahu melihat Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi serta menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada dunia,” katanya.

Kit Siang memberitahu, rakyat Malaysia yang sejati pasti enggan melihat negara berpecah belah, gagal dan semakin merosot.

“Inilah erti sebenar enam pilihan raya di enam negeri nanti,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan