web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Manjung Rekod 52 Kes Penipuan Telefon Babitkan Kerugian RM2.1 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 9:29AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Daerah Manjung merekodkan sebanyak 52 kes sindiket penipuan telefon sepanjang bulan Januari hingga semalam membabitkan jumlah kerugian RM2.1 juta. 

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata dalam kes terbaharu, pihaknya menerima laporan daripada seorang warga emas melibatkan kerugian RM202,787 semalam.

"Wanita berusia 65 tahun yang merupakan pesara operator kilang elektronik itu telah dihubungi oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

"Mangsa kemudian dimaklumkan kononnya terbabit dalam kes jenayah yang memerlukan siasatan ke atas akaun beliau sehingga mangsa menyerahkan maklumat akaun kepada individu tidak dikenali itu," menurutnya dalam kenyataan.

Justeru, beliau menasihati orang awam agar tidak melayan sebarang panggilan yang meminta maklumat diri terutama akaun peribadi.

"Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan ialah orang ramai boleh menelefon Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 yang ditubuhkan pada Oktober lepas bagi mengekang dan membanteras kegiatan penipuan siber.

"Pihak polis menasihati masyarakat supaya tidak mudah percaya dan mengikut arahan yang diberikan individu tidak dikenali terutama yang tidak pernah berjumpa secara berhadapan," katanya. 

Mohamed Nordin berkata modus operandi penipuan telefon ialah dengan menyamar sebagai penguat kuasa, pegawai polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mahkamah, institusi kewangan dan syarikat perkhidmatan penghantaran. 

"Secara logik, sebarang urusan dengan agensi kerajaan hanya dilakukan di pejabat dan bukannya melalui telefon untuk menyelesaikan sebarang urusan, jika ada pun hanyalah untuk tujuan janji temu. 

"Sebagai langkah berjaga-jaga, orang awam dinasihat agar tidak melayan panggilan yang tidak dikenali, maklumkan pasangan atau ahli keluarga tentang panggilan, semak dengan institusi kewangan dan balai polis terdekat serta jangan dedahkan maklumat peribadi perbankan kepada mana-mana pihak," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar