web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Lelaki Baharu Lahir Ditemukan Di Tepi Jalan Di Kajang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 7:17AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan ditemukan di tepi jalan berhadapan kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Kajang pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata bagaimanapun, bayi malang itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 51 tahun pada 7.07 pagi.

"Bayi yang masih bertali pusat itu ditemukan terbaring bersama uri tanpa pakaian serta tiada nota dan disahkan berada dalam keadaan tenat sebelum dibawa ke Hospital Serdang.

"Setelah rawatan diberikan, pada 10.35 pagi pihak hospital mengesahkan bayi itu meninggal dunia dan seterusnya akan menjalani proses bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209 960 bagi membantu siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad