web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Mangsa Maut Dihempap Bumbung Sekolah Masih Terkejut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 7:08AM

Dr Zaliha (kanan) menziarahi keluarga wanita yang maut akibat dihempap bumbung sekolah di Jalan Tahang Rimau, Kampung Tahang Rimau, semalam. - Gambar dari Facebook Dr Zaliha

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Keluarga wanita yang maut dihempap bumbung sekolah akibat ribut di Kampung Tahang Rimau di sini masih terkejut dengan kehilangan mangsa semalam.

V. Bala, 51, berkata ketika kejadian pada kira-kira 7.15 malam, dia bersama mangsa, P Mahadevi, 55, dan abang iparnya, P Saravanan, 57, berada di rumah apabila terdengar dentuman kuat disusuli jeritan dari arah dapur.

Dia berkata Saravanan terus ke bahagian dapur dan mendapati ia telah dihempap oleh bumbung sekolah yang berada bersebelahan dengan rumahnya dan terus mencari mangsa.

“Dia terkejut apabila melihat kakak berada di bawah bumbung sekolah berkenaan dan tiada tindak balas apabila cuba mengejutkannya… kami terus bergegas meminta bantuan jiran,” kata Bala kepada pemberita di kediamannya di Jalan Tahang Rimau, Kampung Tahang Rimau semalam.

Seorang wanita maut selepas dihempap bumbung sekolah dalam kejadian ribut di Kampung Tahang Rimau, semalam. 
Seorang wanita maut selepas dihempap bumbung sekolah dalam kejadian ribut di Kampung Tahang Rimau, semalam. 

Ahli Parlimen Sekijang Dr Zaliha Mustafa, yang menziarahi keluarga mangsa, turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Beliau berkata bantuan awal berbentuk kewangan akan disalur kepada kira-kira 40 keluarga di kawasan Parlimen itu yang menjadi mangsa kejadian ribut malam tadi.

Menteri Kesihatan itu berkata beliau difahamkan kira-kira 100 keluarga telah terjejas dan akan mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Daerah Segamat dalam masa terdekat.

“Saya kini masih mendapatkan jumlah sebenar mangsa yang terlibat dan masih menunggu laporan penuh kejadian sebelum bantuan seterusnya disalurkan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah pula mengesahkan kejadian itu membabitkan satu kematian dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

“Siasatan lanjut juga mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata mangsa merupakan pekerja kantin Sekolah Menengah Seg Hwa serta tinggal di rumah bersebelahan sekolah itu dan mayatnya telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 32 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 37 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar