web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Kumpul Dana Rawatan Ke United Kingdom, Anzalna Tekad Mahu Selamatkan Nyawa Luth

Mas Muhammad Luth, 4 tahun, menderita menghidap high grade glioma peringkat empat awal tahun ini, yang juga merupakan antara penyakit paling jarang dijumpai di dalam dunia.

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 8:50PM

Mas Muhammad Luth - Gambar dari Instagram @luthfighterboy

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedih dengan derita yang menimpa Luth iaitu seorang kanak-kanak yang menderita penyakit jarang dijumpai, selebriti jelita, Anzalna Nasir bertindak untuk mengumpulkan sejumlah dana bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

Luth atau nama sebenarnya Mas Muhammad Luth, 4 tahun menderita menghidap high grade glioma peringkat empat awal tahun ini, yang juga merupakan antara penyakit paling jarang dijumpai di dalam dunia.

Anzalna Nasir - Gambar PR
Anzalna Nasir - Gambar PR

“Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak yang ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan.

“Saya memang sudah mengenali Luth sejak dari kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih,” katanya.

Tambahnya lagi, ibu kepada Luth yang mahu dikenali sebagai Hazirah merupakan kenalan rapatnya. Apa yang menimpa wanita berkenaan begitu merenggut emosinya memandangkan dia juga merupakan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata.

Tentunya dugaan yang menimpa dirinya, membuatkan sesiapa sahaja akan tersentuh hati memandangkan beban yang ditanggung ketika ini amat berat.

High grade glioma merupakan sejenis tumor yang ‘hinggap’ di kepala dan menyerang dengan begitu agresif serta perlu dirawat dengan segera.

Sejak didiagnos pada 31 Januari lalu, Luth sudah menjalani pembedahan bagi membuang bahagian tersebut.

“Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuk radioterapi dan kemoterapi. Namun, keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.

“Paling menyedihkan apabila doktor memaklumkan, kes yang berlaku kepada Luth amat jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak.

“Hanya 10 peratus sahaja mampu bertahan dan peluang untuk hidup hanya satu tahun sekiranya tidak mendapat rawatan,” katanya yang berharap dapat mengumpulkan sejumlah dana bagi membawa Luth mendapatkan rawatan di luar negara.

Luth perlu segera dibawa berjumpa dengan doktor pakar di United Kingdom (UK) memandangkan hanya mereka yang mempunyai kepakaran mengendalikan penyakit sebegini. - Gambar dari Instagram @luthfighterboy
Luth perlu segera dibawa berjumpa dengan doktor pakar di United Kingdom (UK) memandangkan hanya mereka yang mempunyai kepakaran mengendalikan penyakit sebegini. - Gambar dari Instagram @luthfighterboy

Terkini keadaannya semakin lemah dan dia perlu segera dibawa berjumpa dengan doktor pakar di United Kingdom (UK) memandangkan hanya mereka yang mempunyai kepakaran mengendalikan penyakit sebegini.

“Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua pihak untuk membantu meringankan beban mereka.

“Dengan rendah hati dan keprihatinan rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu mengumpulkan dana yang diperlukan. Hari ini mungkin mereka diuji, dugaan untuk kita belum tentu lagi. Semoga usaha kecil kita semua mampu menyelamatkan nyawa Luth,” katanya lagi. Sumbangan boleh diberikan secara terus melalui https://bantuan.hollow-web.com. - Getaran, 19 Jun 2023 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar