web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Dwikrisis, Muhyiddin Hanya Ingin Alih Perhatian Rakyat – Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 9:00PM

Nik Nazmi membidas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa kerajaan menghadapi krisis kepimpinan dan ekonomi atau dwikrisis. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan menghadapi krisis kepimpinan dan ekonomi atau dwikrisis.

Beliau berkata, dakwaan tersebut hanya bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat tentang isu sebenar krisis kepimpinan yang berlaku sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) adalah pelopor utama kepada krisis yang berlaku sebelum ini.

“Krisis ini dieksploitasi kerajaan PN untuk terus berkuasa dan mengelak daripada semak imbang. Mereka turut menangguh sidang Parlimen semasa Darurat 2021.

“Pada masa yang sama, kerajaan PN secara tidak malu mendakwa Ordinan Darurat hanya akan dibatalkan pada Julai 2021, padahal Yang di-Pertuan Agong tidak bersetuju dengan perkara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, PN sendiri turut menolak untuk menyertai Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Pihak pembangkang sebenarnya yang enggan mengakhiri isu "krisis kepemimpinan" yang mereka sendiri ciptakan, tetapi mereka ingin menyalahkan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, Kerajaan Perpaduan berusaha menangani krisis kos sara hidup sejak hari pertama menerajui Putrajaya.

Katanya, ia termasuk melindungi golongan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) daripada kenaikan harga elektrik berbanding kerajaan sebelum ini yang bertindak sebaliknya.

“Malah Bajet 2023 yang diluluskan pada awal tahun ini merangkumi pelepasan cukai yang memberi manfaat kepada golongan kelas menengah yang sering dilupakan.

“Kerajaan juga berjaya menarik pelaburan berbilion ringgit daripada syarikat multinasional seperti Amazon Web Services (AWS) dan Tesla,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, kerajaan juga sedang berusaha dalam aktiviti ekonomi baru seperti peningkatan kapasiti penghasilan tenaga bolehbaharu (RE) dan perdagangan rentas sempadan.

“Apabila kerajaan negeri bersedia mengetepikan pendirian politik untuk bekerjasama menyelesaikan isu seperti masalah bekalan air demi kepentingan rakyat, kami akan sentiasa membantu.

“Berbeza dengan kerajaan Muhyiddin, pentadbiran kami memberi fokus kepada rakyat dan masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa negara sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan dan ekonomi yang cukup kritikal.

Beliau berkata, kepimpinan negara di bawah kerajaan campuran PH dan Barisan Nasional (BN) juga jelas tidak ada hala tuju dalam memacu ekonomi keluar daripada krisis.

Susulan itu, Muhyiddin percaya kekecewaan rakyat akan diterjemahkan dalam kertas undi dengan memilih kembali PN yang terbukti membela nasib rakyat ketika krisis kesihatan tidak lama dulu. – Getaran, 18 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad