web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imigresen Tumpas Sindiket Bekal Pekerja Seks, Tahan 72 Individu Termasuk ‘Kapten’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 5:00PM

JIM menumpaskan sindiket membekal wanita warga asing bagi tujuan khidmat seks di sekitar Cheras dan Kepong, baru-baru ini. - Gambar ihsan JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket membekal wanita warga asing bagi tujuan khidmat seks dan menahan 72 rakyat beberapa negara, melalui operasi khas di lima lokasi di sekitar Cheras dan Kepong, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi dijalankan pada 15 Jun lalu yang bermula pada jam 9.00 malam itu, membabitkan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Menurutnya, turut ditahan adalah tujuh lelaki tempatan yang bertindak sebagai ‘kapten’ (penjaga premis).

“Operasi khas ini dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan selama satu bulan ke atas sindiket yang membekalkan wanita warga asing untuk tujuan seks, di sekitar Kuala Lumpur.

“Pasukan operasi menyerbu lima premis sindiket dan menahan 72 warga asing yang terdiri daripada 43 wanita Vietnam, manakala wanita Indonesia (15) dan wanita Thailand (6) berusia antara 25 hingga 42 tahun.

“Turut ditahan empat lelaki Vietnam, lelaki Bangladesh (3) dan lelaki India (1),” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, wanita warga asing yang ditahan menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Katanya, turut berada di premis semasa serbuan adalah beberapa pelanggan warga tempatan.

Pemeriksaan awal, ujarnya, mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan, seperti tidak memiliki dokumen perjalanan sah, Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh dan menyalahgunakan Pas.

“Sindiket ini beroperasi di premis perniagaan tiga tingkat dengan menjadikan tingkat satu sebagai tempat tinggal, manakala tingkat dua dan tingkat tiga sebagai tempat khidmat seks,” katanya.

Ruslin berkata, modus operandi sindiket adalah individu yang ingin mendapatkan khidmat seks, akan berurusan melalui aplikasi Whatsapp.

“Pelanggan terbabit akan diberikan kata laluan untuk masuk ke dalam premis. Tanpa kata laluan pelanggan tidak dibenarkan masuk oleh penjaga premis.

“Pelanggan diberikan pilihan mengikut kategori bilik dan jumlah jam tempahan, manakala untuk tempahan wanita warga asing, bayaran dikenakan sebanyak RM230 bagi tempoh satu jam,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, sindiket itu dipercayai sudah beroperasi hampir dua tahun dan mengiklankan perkhidmatan seks di kumpulan laman sosial, WhatsApp serta Telegram.

Menerusi serbuan itu, katanya, pasukan operasi merampas 48 pasport Vietnam di premis, sebuah kenderaan jenis SUV berwarna kelabu dan wang tunai RM6,275 dipercayai hasil bayaran khidmat seks di premis.

Ujarnya, kenderaan terbabit dipercayai digunakan untuk menghantar wanita warga asing ke tempat dipilih pelanggan.

“Seramai 20 lelaki tempatan dikenakan notis hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan. Mereka adalah pelanggan premis terbabit semasa serbuan dilakukan.

“Kesemua warga asing ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Paspot 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007(ATIPSOM),” katanya. – Getaran, 18 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar