web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Negara Makmur Tetapi Banyak 'Bocor' - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 3:19PM

Anwar (kanan) bersalaman bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selepas Majlis Amanat Khas Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan di Kompleks Balai Islam Lundang, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penjawat awam terutama badan penguatkuasa termasuk di Kelantan, supaya memberi tumpuan kepada ketirisan yang berlaku melibatkan barangan bersubsidi.

Beliau berkata subsidi seharusnya dinikmati oleh golongan misikin, namun banyak yang 'disakau'

"Negara ini makmur tetapi bocornya banyak, percayalah subsidi itu sendiri yang maksudnya untuk orang miskin tetapi disakau, ini banyak (berlaku). Minyak masak disakau, diesel disakau jadi sampai bila nak cukup?

"Sebab itu badan penguatkuasa termasuk di Kelantan kena perhati, laksana dengan baik tak boleh lagilah kita lakukan begitu," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Kepada Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Besar Balai Islam Lundang, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad.

Mengulas lanjut, Anwar turut memberi contoh subsidi elektrik yang seharusnya dinikmati rakyat biasa kini turut dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi.

"Berapa subsidi elektrik? RM30 bilion kalau tak dikawal tahun ini. Jadi kalau subsidi elektrik sebegitu rupa macam mana nak bina sekolah dan universiti baru?.

"Sebab itu baru-baru ini kita batalkan keputusan sebelum ini yang mahu batalkan sebahagian subsidi elektrik dan naikkan kadar elektrik. Saya kata tak boleh kalau dinaikkan kadar elektrik bagi rakyat yang tengah susah ini jadi satu beban.

"Jadi apa pilihan kita ada? Bagi yang terkaya kita naikkan (kadar elektrik) bagi rakyat tidak dinaikkan," katanya.

Justeru itu, Anwar juga mahu penjawat awam membantu beliau memberi penerangan mengenai dasar-dasar yang telah dilaksanakannya termasuk melibatkan cukai dan subsidi.

"Dasar-dasar ini kadang-kadang sukar difahami kerana tidak dijelaskan dengan sepenuhnya dan penjawat awam sebagai suara dan pelaksana  kerajaan harus faham, saya tidak berhasrat naikkan apa-apa cukai yang menyentuh kedudukan rakyat berpendatan rendah, itu jelas.

"Tetapi saya terpaksa naikkan cukai ke atas orang kaya, baik elektrik, air, pergi ke Mekah atau diesel dan minyak," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar