web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


257 Kanak-Kanak Belajar Berniaga Di Bazar Junior Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 10:31AM

Program itu yang kali kedua dianjurkan tahun ini melibatkan 60 reruai menjual pelbagai barangan seperti makanan, minuman dan barangan perhiasan -Gambar Facebook JCI Kinta

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH -  Seramai 257 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menyertai Bazar Junior Perak yang bertujuan memberi pendedahan dan mendidik mereka dalam bidang keusahawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Salbiah Mohamad berkata program itu dianjurkan oleh Junior Chamber International (JCI) Kinta dengan kerjasama kerajaan negeri.

"Penganjuran bazar ini memberikan platform kepada mereka dalam menghasilkan idea-idea inovatif, membuat produk mereka sendiri dan berinteraksi dengan pelanggan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkenaan di sini malam tadi.

Sementara itu, Presiden JCI Kinta Tan Teck Yin berkata program itu yang kali kedua dianjurkan tahun ini melibatkan 60 reruai menjual pelbagai barangan seperti makanan, minuman dan barangan perhiasan.

Katanya 10 peratus daripada keuntungan hasil jualan akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan.

Zulfarihi Faris Zulkifli, 10, dari Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor di sini berkata dia berasa seronok menimba pengalaman berniaga bersama rakan yang lain.

"Kami menjual buah-buahan, kuah rojak dan minuman. Ini pertama kali saya bersama rakan-rakan berniaga walaupun sedikit penat tetapi seronok apabila ramai orang datang membeli produk yang kami jual," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi