web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Punca Kemalangan Maut Di SUKE Tampil, Dakwa Sesat Hingga Lawan Arus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 2:14PM

Siasatan mendapati, lelaki berusia 41 tahun itu bertindak demikian akibat tersesat jalan dan mengambil keputusan melawan arus untuk pulang ke rumahnya di Kajang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suspek yang menunggang motosikal secara lawan arus sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) akhirnya tampil membuat laporan polis, semalam. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan mendapati, lelaki berusia 41 tahun itu bertindak demikian akibat tersesat jalan dan mengambil keputusan melawan arus untuk pulang ke rumahnya di Kajang. 

Menurut beliau, suspek yang membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang, hanya mengetahui tindakannya itu telah menyebabkan kematian setelah menonton berita di televisyen serta membaca hebahan di media sosial.

"Suspek dalam perjalanan dari Ampang ingin pulang ke rumahnya di Kajang, telah tersesat dan membuat keputusan untuk memasuki jejambat Lebuhraya SUKE dengan melawan arus sehingga kemalangan berlaku. 

"Akibat pergeseran dengan motosikal mangsa, suspek juga terjatuh dari motosikalnya, namun dia terus pulang ke rumah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, suspek akibat perlanggaran itu patah di bahagian bahu kanan dan jari kelingking, selain luka di bahu kiri serta kaki kanan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, suspek tidak ditahan kerana kecederaan dialaminya masih belum sembuh, dan dia juga sukar untuk bergerak.

“Sebuah motosikal jenis Yamaha telah dirampas bersama dengan beberapa barang kes lain. Sebanyak enam rakaman percakapan saksi termasuk suspek telah direkodkan.

“Kedua-dua buah motosikal terlibat kemalangan akan dihantar ke PUSPAKOM dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan terperinci. Prosedur lanjut akan diambil setelah keadaan suspek stabil, tetapi siasatan masih diteruskan," katanya. 

Rabu lalu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale maut selepas tercampak dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

Mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, merempuh penghadang sebelah kiri jalan, sebelum tercampak pada ketinggian kira-kira 30 meter.

Motosikal yang ditunggang mangsa turut terseret ke tengah jalan, manakala mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) Sungai Klang. - Getaran, 17 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad