Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SPRM Perlu Segera Buka Fail Lama Tun M, Perlu Siasat Semua Elemen Kronisme

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 11:44AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membuka semula fail lama milik Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membuka semula fail lama milik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sering mendakwa dirinya bersih sedangkan amalan kronisme dan nepotisme bermaharajalela sewaktu beliau bergelar Perdana Menteri (PM).

Menurut beliau, ‘bailout’ dilakukan PETRONAS menerusi konsortium perkapalan MISC milik anaknya, Mirzan Mahathir adalah bukti nyata amalan kronisme yang meluas ketika itu.

“Pada tahun 1997 (Tan Sri) Mokhzani Mahathir adalah pemilik saham terbesar Kumpulan Hospital Pantai. Sekali lagi Tun M adalah PM ketika itu. 

“Group ini menguasai kontrak  pembekalan peralatan semua  hospital kerajaan termasuk konsensi FOMEMA. Mokhzani juga pemilik Kencana Group yang mendapat kontrak berbilion ringgit dari Petronas ,” katanya.

Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, Dr Mahathir masih seorang Perdana Menteri pada 2002, dan beliau juga pada masa sama, memainkan peranan sebagai Penasihat PETRONAS.

“SPRM kena siasat, apakah wujud kronisme hingga Kencana Petrolium dapat layanan anak emas.

“Tun M bersara tahun 2003. Dia jadi penasihat PETRONAS 12 tahun. Apakah PETRONAS bebas kronisme? (Selama) 22 tahun dan 22 bulan (beliau) dilindungi oleh jawatan PM. Sampai masanya SPRM buka fail lama,” katanya. 

Mohd Puad menerusi hantaran di Facebook semalam berkata, Menurut beliau, penyataan pembelaan dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat memberikan implikasi yang amat serius.

Anwar Ibrahim dalam penyataan pembelaannya membangkitkan pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd.

Anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir ialah pengarah syarikat berkenaan pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009.

Menurut Anwar, pada 15 September 2003, Telekom Malaysia Berhad telah mengeluarkan surat kepada Kementerian Kewangan, antara lain untuk meminta kebenaran mengadakan rundingan terus dengan Opcom bagi pembekalan kabel fiber optik bernilai RM214.2 juta.

Jelas beliau, Telekom adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memegang satu saham khas yang memberikan MKD kuasa untuk menolak keputusan lembaga serta keputusan barisan pemegang saham lain. - Getaran, 17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Gunung Ruang: Penerbangan Masuk, Keluar KLIA Diteruskan - CAAM

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Naikkan Had Umur Lesen B Kepada 18 Tahun - Pakar

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Kemunculan Momota Di Gelanggang Pastinya Dirindui – Pemain Badminton Dunia