web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Dikenalpasti Negara Sumber Dan Transit Sindiket Siber Di Asia Tenggara - Laporan TIP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 8:41PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand dikenal pasti sebagai negara sumber dan transit bagi sindiket jenayah yang menjalankan penipuan siber di Kemboja, Laos, Burma dan Filipina, kebiasaannya di Zon Ekonomi Khas (SEZ), menurut Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) 2023 Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Laporan yang dikeluarkan pada Khamis menyatakan sindiket itu mengeksploitasi mangsa melalui buruh paksa, jenayah paksa dan pemerdagangan seks.

“Operasi penipuan siber menggunakan Thailand sebagai negara transit, merekrut pekerja dari banyak negara dengan janji palsu mengenai pekerjaan bergaji tinggi di Thailand, namun mereka kemudiannya dibawa dan ditempatkan di pusat operasi di negara jiran dan memaksa untuk melakukan penipuan dalam talian,” menurut laporan itu.

Kira-kira 177,000 kanak-kanak Thailand, kebanyakannya lelaki terlibat dalam buruh kanak-kanak, termasuk dalam bidang pertanian, membaiki kereta dan perkhidmatan perdagangan lain, pembinaan, pengilangan dan dalam industri perhotelan serta berisiko menjadi secara paksa.

Ada laporan menyebut kumpulan pemisah di selatan Thailand merekrut dan menggunakan kanak-kanak untuk aktiviti pemberontakan. 

Sindiket menyeludup buruh dan perdagangan seks mengeksploitasi wanita, lelaki, individu LGBTQI+, dan kanak-kanak dari Thailand dan negara Asia Tenggara lain, Sri Lanka, Rusia, Uzbekistan dan beberapa negara Afrika di Thailand.

“Ahli etnik minoriti, penduduk di tanah tinggi dan orang tanpa kerakyatan di Thailand pernah mengalami penderaan yang menunjukkan pemerdagangan orang. Kanak-kanak dari Thailand, Burma, Laos dan Kemboja menjadi mangsa seks di rumah pelacuran, rumah urut, bar, lounge karaoke, hotel dan kediaman persendirian.

“Pemerdagang mendorong gadis dan lelaki Thailand melakukan aksi seks melalui video dan gambar di Internet, kebiasaannya dengan memeras ugut mangsa dengan imej eksplisit. Kanak-kanak dipikat oleh pengedar dalam hubungan seks komersial melalui Internet, aplikasi sembang dan janji temu serta platform rangkaian sosial yang lain.

“Kanak-kanak di rumah anak yatim berisiko diperdagangkan. Anak-anak keluarga yang kehilangan pekerjaan kerana kesan pandemik, termasuk dalam kalangan keluarga migran, semakin berisiko untuk diperdagang,” menurut laporan itu.

Pemilik kapal, broker dan kru kanan kapal turut didapati merekrut lelaki Thailand, Burma, Kemboja, Vietnam dan Indonesia untuk bekerja paksa di atas bot nelayan Thailand dan asing.

“Sesetengah tekong bot mengancam, memukul dan memberi dadah kepada nelayan supaya bekerja lebih lama dan menjual dadah kepada nelayan sebagai cara untuk memerakngkap mereka dengan hutang. Pemilik kapal turut merampas dokumen pengenalan diri nelayan. 

Penyelidikan yang diterbitkan pada 2019 dan 2020 mendapati antara 14 dan 18 peratus nelayan migran dieksploitasi dalam kerja paksa dalam industri perikanan Thailand, dengan pengedar mengeksploitasi beribu-ribu pekerja di atas kapal nelayan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad