Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hapus Pengkelasan B40, M40, T20 Wajar, Pelbagai ‘Kayu Ukur’ Perlu Diambil Kira

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 7:00AM

Hasrat kerajaan mahu menghapuskan pengkelasan B40, M40 dan T20 secara berperingkat mulai tahun depan dianggap wajar. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hasrat kerajaan mahu menghapuskan pengkelasan B40, M40 dan T20 secara berperingkat mulai tahun depan dianggap wajar kerana kaedah diguna pakai ketika ini tidak menggambarkan situasi sebenar rakyat.

Perunding kewangan, Afyan Mat Rawi berkata, kerajaan perlu meneliti perkara itu secara menyeluruh dengan mengemas kini garis kemiskinan supaya lebih inklusif dan holistik. 

Menurutnya, pengkelasan pendapatan B40, M40 dan T20 perlu ditambah baik apabila medium yang digunakan kerajaan ketika ini disifatkan tidak adil kepada golongan tertentu. 

“Selama ini, pengkelasan B40, M40, T20 hanyalah berdasarkan pendapatan isi rumah dan jika hanya itu diukur, ia menyebabkan ketidakadilan berlaku. 

“Sebagai contoh, jika pasangan suami isteri dengan gaji RM3,500 setiap seorang di kawasan luar bandar dan kawasan bandar, sudah tentu kos perbelanjaan isi rumah mereka berbeza walaupun kedua-duanya mempunyai pendapatan isi rumah RM7,000 yang meletakkan mereka sebagai T20. 

“Malah, pasangan suami isteri dengan pendapatan isi rumah RM7,000 jika tinggal di Kuala Lumpur tetapi mempunyai seorang anak manakala keluarga yang satu lagi mempunyai lima anak, kedudukan kewangan mereka juga berbeza,” katanya kepada Getaran.

Mengulas lanjut, Afyan berkata, pengkelasan tersebut perlu mengikut pendapatan dan lokaliti dengan mencerminkan corak perbelanjaan rakyat di kawasan tertentu agar bantuan atau subsidi secara bersasar mudah disalurkan kerajaan. 

Jelasnya, jika tiada tindakan komprehensif dilakukan kerajaan Persekutuan, keadaan akan menjadi lebih parah dan rakyat akan terus terbeban. 

“Pengkelasan pendapatan sekarang tidak berdasarkan berapa jumlah tanggungan dan perbelanjaan sebenar isi rumah. Justeru, usaha untuk menambah baik mekanisme penilaiannya adalah perlu. 

“Ia bagi memastikan keadilan untuk semua rakyat dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya (subsidi diberikan kepada pihak berhak sahaja), bukan bermaksud sama banyak (diberi sama rata),” katanya. 

Rafizi Ramli - Gambar Bernama
Rafizi Ramli - Gambar Bernama

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, semua pihak bakal melihat peralihan daripada subsidi menyeluruh manakala pengkelasan B40, M40 dan T20 akan dihapuskan secara berperingkat mulai 2024.

Katanya, beberapa inisiatif atau dasar dilaksanakan kerajaan ketika ini, berbeza berbanding pendekatan pentadbiran terdahulu, termasuk berkaitan bantuan atau subsidi.

“Kerajaan perlu memastikan semua infrastruktur sedia ada dan perlu melakukan ujian perintis sebelum memutuskan berapa tahap pendapatan layak diberi bantuan," katanya.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, kerajaan harus menilai semula perancangan jangka panjang bagi pembangunan ekonomi negara. 

Jelas beliau, perancangan itu penting bagi mencari langkah untuk memastikan negara terus maju serta kalis terhadap perubahan kepimpinan ekoran suasana politik sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membuka realiti baharu buat Malaysia.

“Sejak 2018, sudah empat Perdana Menteri memimpin negara, bukan perkara lazim untuk Malaysia. Namun bagi kebanyakan negara, pertukaran kepimpinan sudah menjadi kebiasaan. Ada pertukaran yang teratur, termaktub dalam sistem demokrasi yang diamalkan dan ada juga berikutan kancah politik. 

“Sebagai contoh, sejak 1980, Amerika Syarikat (8 Presiden), Britain (9 Perdana Menteri), Perancis (6 Presiden), Jepun (22 Perdana Menteri), Taiwan (5 Presiden), dan Korea Selatan (9 Presiden). Menariknya, kemajuan negara itu berterusan, seolah-olah ianya kalis perubahan kerajaan dan pemimpin,” katanya. 

Sehubungan itu, Noor Azlan menggesa semua pihak perlu bersama menyokong dasar dan inisiatif oleh kerajaan Persekutuan berikutan ia dilakukan bukan untuk menaikkan nama parti politik kerajaan, namun demi pembangunan negara. 

“Pelaksanaan yang berkesan mengambil masa untuk membuahkan keberhasilan yang disasarkan oleh sesuatu dasar. Lazimnya, ia meliputi tempoh bersesuaian untuk dilaksanakan. 

“Ia perlu dipantau, dinilai dan disemak secara berkala sebelum dasar baharu diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada dasar sebelumnya,” katanya. 

Sementara itu, penganalisis ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Irwan Shah Zainal Abidin berkata, kerajaan perlu memastikan tidak berlakunya kesan negatif dengan meminimumkan penarikan subsidi secara "blanket" atau menyeluruh. 

“Pelbagai kayu ukur lain seperti demografi, jumlah isi rumah, lokasi, juga perlu diambil kira dan diteliti kerajaan Persekutuan. 

“Ia terutamanya melibatkan pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Bagaimanapun, ia harus berpandukan kedudukan pendapatan belanja bersih, bukan hanya pendapatan isi rumah sahaja susulan tidak mencukupi," katanya. - Getaran, 16 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Semasa 3 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas Selepas 8 Tahun

Semasa 11 jam yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad