web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa Mengaku Salah Sentuh Secara Seksual, Rogol Anak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 6:08PM

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas lapan pertuduhan menyentuh dengan maksud seksual dan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun di Parit Yusof, Semerah, Batu Pahat, sejak tiga tahun lalu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas lapan pertuduhan menyentuh dengan maksud seksual dan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun di Parit Yusof, Semerah, Batu Pahat, sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 41 tahun membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Mamat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bekerja kampung didakwa menyentuh anak kandungnya dengan maksud seksual, yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Parit Yusof, Semerah di Batu Pahat, pada waktu malam tahun 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak  2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 14 (a), tertuduh yang mempunyai lima anak boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebat dan bagi Seksyen 16, hukuman penjara maksimum lima tahun dan dua kali sebatan boleh dikenakan.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelapan pula, lelaki itu didakwa merogol mangsa di alamat sama bermula Oktober 2020 sehingga bulan ini dan dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta tidak kurang daripada 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman (she) manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Sulehan memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan satu jenayah berat dan serius, serta melakukan perbuatan keji itu ketika ahli keluarga tiada di rumah.

Beliau berkata mangsa membuat laporan polis selepas menyedari dia mengandung, setelah pemeriksaan kesihatan di sekolah oleh jururawat yang mendapati berlaku perubahan fizikal pada tubuhnya.

Hakim kemudian menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan semula kes serta penyerahan laporan perubatan, DNA serta rekod jenayah tertuduh. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad