Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Stor Haram Seleweng LPG Diserbu KPDN

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Jun 2023 4:17PM

Seorang lelaki didapati sedang leka memindahkan gas petroleum cecair (LPG) daripada tong LPG berkapasiti 14kg bersubsidi kepada tong LPG berkapasiti 50 kilogram (kg) sewaktu serbuan - Gambar ihsan KPDN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah premis di Mantin, Negeri Sembilan, kelmarin.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata, serbuan berkenaan dilakukan oleh sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 11 malam, selepas terlebih dahulu membuat risikan selama dua minggu. 

Menurut beliau, seorang lelaki didapati sedang leka memindahkan gas petroleum cecair (LPG) daripada tong LPG berkapasiti 14kg bersubsidi kepada tong LPG berkapasiti 50 kilogram (kg) sewaktu serbuan. 

“LPG 50kg itu dioercayai akan dijual kepada pihak industri dengan harga yang lebih rendah berbanding harga sebenar mengikut pasaran. Modus operandi sindiket ini adalah dengan membeli LPG 14kg bersubsidi terus daripada lori-lori penghantaran LPG di sekitar daerah Sepang, Nilai, Mantin dan Broga.

“LPG bersubsidi tersebut kemudiannya akan dibawa ke stor haram terbabit, sebelum dipindahkan ke tong LPG 50kg untuk kegunaan industri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Azman memberitahu, KPDN menyita beberapa tong gas kosong dan berisi pelbagai jenama berkapasiti 12kg, 14kg dan 50kg, kenderaan jenis lori 2.5 tan, alat penimbang pelantar elektronik, hos penyambung, telefon bimbit serta beberapa dokumen perniagaan lain untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, seorang lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan awal 40-an yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit juga ditahan bagi membantu siasatan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000. Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran LPG terbabit.

“Semua pihak atau syarikat berkaitan harus sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkani bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1 juta,” katanya.

Tegas beliau, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tidak melebihi RM2 juta bagi syarikat, jika sabit kesalahan untuk kali kedua.

“Bagi kesalahan berikutnya, mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000,000,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata, syarikat terbabit turut disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

“Ia adalah kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

“Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613, mereka boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa ia dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi,” katanya. -Getaran, 15 Jun 2023

Sorotan

1

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

3

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

4

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap โ€“ Saksi

5

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

6

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN โ€“ Hannah

7

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Mahu Integriti Penjawat Awam Setimpal Pengiktirafan Kerajaan

Semasa 1 hari yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 39 minit yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Simbah Asid Pada Faisal Halim Ditahan

oleh Fida Ruzki